Baru-baru ini, OhBulan! sempat menemu bual pelakon Ezany Nizariff setelah sekian lama tidak melihatnya muncul di kaca televisyen.
Menurut Ezany, dia tidak pernah menghilangkan diri dari dunia seni, sebaliknya memberi fokus dalam bidang akademik.
Artikel Berkaitan: Ezany Nizariff ‘Hilang’ Tak Berlakon, Rupanya Sambung Master – ‘InsyaAllah Tahun Depan Saya Akan Tamatkan Pengajian’
Tak hisap rokok
Terbaru, OhBulan! sempat bertanya kepada Ezany mengenai rahsia kekal awet muda. Mana taknya, kebanyakkan netizen berpendapat bahawa raut wajah Ezany masih kelihatan muda meskipun umurnya sudah mencecah 51 tahun.
Kata Ezany atau nama sebenarnya Mohd Zani @ Mohd Zohri Mohd Nizariff, rahsia untuk kekal muda baginya sangat senang iaitu jangan merokok dan jangan minum air berkarbonat. Sambil berseloroh juga, Ezany memberitahu dia tidak minum arak.
Kalau orang nak tahu, saya tak minum air berkarbonat, makan makanan ringan dan hisap rokok sebab sayang paru-paru serta kesihatan. Saya memang jaga pemakanan dan melakukan senaman.
Kalau bab penjagaan wajah pula, memang tidak dinafikan saya ada memakai beberapa produk keluaran saya sendiri. Penjagaan kulit saya guna Piterra Cleanser, toner, go beauty treatment cream dan magical serum. Mungkin sebab itu orang tengok saya masih sama dan kekal awet muda.
Berbicara lebih lanjut, OhBulan! sempat mengusik anak kelahiran Perlis ini mengenai watak bapa yang dipegang olehnya dalam drama ‘Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah’ di TV3.
Ezany memberitahu naskah Zeel Production sangat hebat dan sesuai untuk dirinya.
Meskipun ramai yang tidak bersetuju apabila saya memegang watak sebagai seorang bapa, saya tidak boleh memberikan komen apa-apa.
Saya sudah 51 tahun. Hanya mampu tersenyum dan diam sahaja sebaik membaca dan mendengar komen mereka. Mereka mahu saya pegang watak sebagai hero. Kalau ada rezeki dalam projek lain, Insya-Allah. Cuma, mereka kena tahu, dulu umur saya berapa.
Saya memang gian nak berlakon kembali. Tambah pula, karakter drama itu sangat sesuai dengan saya iaitu seorang yang tegas, berjiwa korporat dan mempunyai sedikit babak air mata.