Setiap daripada kita sudah pasti menginginkan kehidupan di usia tua untuk hidup dengan keadaan baik dan memiliki ingatan yang kuat serta tubuh badan yang sihat.
Artikel berkaitan: Nenek 95 Tahun Diperkosa Jiran Hingga Masuk Hospital
Artikel berkaitan: Disangka Hilang Semasa Tunai Umrah, Rupanya Nenek Ini Lari Ikut Jejaka Bangladesh
Artikel berkaitan: Cucu Tergamak Tikam Nenek Jutawan 17 Kali, Gara-Gara Orang Sekeliling Tahu Ketagih Ganja
Amalkan selawat sebelum tidur
Di laman TikTok, tular sepotong video mengenai kisah seorang nenek berusia 95 tahun yang ingatannya masih kuat dan tidak nyanyuk.
Menerusi video yang dimuat naik @doreentifani, nenek berkenaan berkongsi beberapa amalan yang dilakukan sebelum tidur. Antara amalan tersebut adalah membaca selawat ke atas Baginda Nabi Muhammad dan beberapa surah yang terkandung dalam Al-Quran.
Nak tidur baca Al-Fatihah, surah Al-Ikhlas, empat qul semua itu. Lepas itu baca Laqad Jaa Akum, selawat Ulul Azmi, syafaat Nabi, selawat Fateh. Baca itu je je kalau nak masuk tidur.
Netizen ucap terima kasih
Perkongsian berkenaan selaki gus mendapat perhatian wargamaya yang mana rata-rata mereka memuji amalan yang dilakukan oleh nenek berkenaan.
Malah, ada juga dalam kalangan wargamaya yang menyampaikan ucapan terima kasih kepada nenek itu kerana berkongsi amalannya.
Sehingga artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima lebih 800,000 tontonan dan 90,000 tanda suka daripada warganet.
Sumber: TikTok