berita

‘Uncle, Kenapa U Racun Binatang…..’

February 26th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Di Twitter, seorang pengguna media sosial iaitu Danial Faris Hisham meluahkan rasa berang apabila dua ekor kucing peliharaannya mati dipercayai disembur racun oleh seseorang. Setelah disiasat dan keinginan untuk mengetahui punca sebenar kematian haiwan peliharaan, individu ini akhirnya berjaya merakam seorang warga emas yang dilihat sedang menyembur racun ke arah burung di belakang rumahnya.

Dua ekor kucing mati

Difahamkan, sebelum ini individu berkenaan meluahkan rasa bengang apabila mendapati dua ekor kucing peliharaannya mati. Tambahnya, haiwan tersebut telah dimandikan dan bilas berkali-kali tetapi masih terdapat bau seolah bau racun.

Dia spray burung pula

Terbaru, individu ini berjaya merakam tindakan seorang warga emas yang kelihatan sedang dipercayai menyembur racun ke arah burung di belakang rumahnya. Meskipun, sudah menegur warga emas berkenaan namun dia langsung tidak mengendahkan. Lebih tidak berperikemanusiaan lagi apabila warga emas berkenaan menyembur cecair racun itu ke arah nasi yang dimakan oleh burung di situ.

Boleh buat laporan

Sementara itu, ramai pengguna media sosial menasihati individu tersebut untuk membuat laporan kepada Jabatan Veterinar untuk tindakan yang telah dilakukan warga emas berkenaan. Mana-mana individu yang sengaja memberi bahan beracun sehingga memudaratkan haiwan boleh disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 31 Akta Kebajikan Haiwan 2015.

Individu berkenaan juga boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM20 ribu dan tidak lebih RM1 ribu atau penjara selama tidak lebih daripada tiga tahun atau kedua-duanya.

Dinasihatkan, mana-mana individu yang berdepan atau terlihat perbuatan seperti ini, boleh melaporkan ke Persatuan Haiwan Malaysia atau Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia.

Sumber: Danial Faris Hashim

SKIP THIS AD ×