berita

‘Undang-Undang Ini Akan Dikaji Di Parlimen’ – Tun M Tak Setuju Lelaki Hina Beliau Ditahan

May 18th, 2018 | by faris
Kini Trending

Di bawah pemerintahan kerajaan sebelum ini, mana-mana pihak yang didapati menghina pemimpin negara akan dikenakan tindakan selepas laporan dibuat. Dalam beberapa kes sebelum ini, suspek dirampas telefon dan diserbu di rumah untuk membantu siasatan.

Seorang lelaki baru-baru ini ditahan kerana menghina Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir menerusi posting Facebooknya.

Tun M tidak setuju tindakan

Bagaimanapun, Perdana Menteri melalui Twitter rasminya menyatakan dia tidak bersetuju dengan tindakan yang diambil kepada lelaki yang berasal dari Langkawi, Kedah itu.

Tambah beliau lagi, polis sudah dimaklumkan berkenaan hal itu dan undang-undang mengenainya kesalahan berkenaan akan dikaji semula di Parlimen.

Suspek hina Tun M, Islam

Media semalam melaporkan penahanan seorang lelaki kerana membuat kenyataan penghinaan keterlaluan dalam laman Facebook terhadap Tun Dr Mahathir dan agama Islam.

Menurut Polis Langkawi, satu laporan telah dilakukan oleh wakil-wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kerana tidak berpuashati terhadap beberapa kenyataan penghinaan yang keterlaluan di laman terhadap Perdana Menteri.

Kes disiasat bawah Seksyen 233 Akta SKMM dan suspek direman sehingga 20 Mei depan.

Sumber: Sinar Harian, Polis Langkawi

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×