Pasangan pelakon Ungku Ismail dan Nad Zainal mempunyai sebab tersendiri mengapa tidak berkongsi wajah cahaya mata mereka kepada umum.
Artikel Berkaitan: ‘Tiada Istilah Anak Tiri Sebab Saya Sayang Semua Seperti Anak Sendiri’ – Ungku Ismail
Artikel Berkaitan: Ungku Ismail Luah Rasa Syukur, Nad Zainal Selamat Bersalin Anak Lelaki – ‘Welcome My Son’
Penjelasan Ungku Ismail
View this post on Instagram
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, pasangan itu dilihat meraikan ulang tahun kelahiran anak mereka, Ungku Indra Puteh Al Maajid yang kini berusia setahun.
Tinjauan OhBulan!, mendapati Ungku Ismail dan Nad bertindak mengaburi wajah putera mereka pada setiap gambar yang dikongsikan.
Aktor berusia 39 tahun itu kemudian menjelaskan bahawa tindakan mereka adalah untuk menghindari daripada perkara yang tidak baik berlaku kepada putera mereka.
Rata-rata dah kenal dan tahu tentang ‘Sharrul Ain’, tetapi masih ada yang tertanya tanya kenapa block dan blur muka anak.
Saya bertanggungjawab untuk melindunginya dengan cara yang lebih tepat berdasarkan ilmu dan syariah ketika dia masih bayi lagi.
Jaga privasi
Dalam masa yang sama, Ungku Ismail menegaskan dia mahu menjaga privasi keluarga dan kehidupan peribadi mereka bukanlah untuk dipertontonkan kepada umum.
Kami kongsi seadanya, sekadarnya.
Begitu juga dengan kehidupan kami yang sewajibnya peribadi bukan hiburan umum untuk disoal jawab.
Benda yang sudah berlaku mungkin tersirat aib dalam penjelasan, maka sebaiknya jangan ditanya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan tindakan pelakon drama Syurgamu Ramadhan itu.
Sekadar info, cahaya mata sulung pasangan pelakon itu dilahirkan pada 10 Oktober 2023.
Terdahulu, Nad mendirikan rumah tangga bersama Ungku Ismail pada 23 Januari lalu.
Untuk rekod, Nad pernah mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Faliq pada 19 Disember 2015 namun mengesahkan sudah bercerai pada sekitar September 2022.
Nad dan bekas suaminya itu mempunyai dua cahaya mata iaitu Fahad Ibrahim, 8, dan Budi Kalsom yang kini berusia empat tahun.
Sumber: IG Nad Zainal