Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Nasi Arab Mandy menjadi semakin tular dan menjadi pilihan orang ramai sebagai salah satu juadah ketika berbuka puasa.
Mana taknya, setiap kali edisi Ramadan, khemah yang menjual Nasi Arab Mandy pastinya akan sesak dan dipenuhi dengan banjiran manusia yang sanggup beratur berjam lamanya kerana ingin merasa keenakan makanan yang berasal dari Timur Tengah tersebut.
Artikel Berkaitan: ‘Influencer’ Makan Cendol Paling Sedap Di Pulau Pinang, Netizen Sangsi Status Halal – ‘Saya Loya Tekak Nak Telan’
Cara pembuatan unik
Kini tular pula satu video pembuatan Nasi Arab Mandy yang agak unik dikongsikan laman Foodie Global di TikTok.
Difahamkan, video tersebut dikongsikan disebabkan oleh cara pembuatannya yang unik serta lain dari yang lain disamping untuk mempromosikan jualan kedai tersebut.
@foodieglobal62 #malaysia ? bunyi asal – foodie global
Namun begitu, lain pula jadinya apabila rata-rata netizen dikatakan loya melihat cara pembuatan yang digunakan kedai berkenaan.
Putus selera tengok kain lap
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan mereka ‘putus selera’ untuk mencuba selepas mereka selepas melihat penggunaan kain lap yang begitu kotor ketika proses pembuatan Nasi Arab Mandy tersebut.
Sumber: TikTok