berita

‘Untukmu Kekasihku’ – Tetap Teruskan Majlis ‘Perkahwinan’ Walaupun Tunang Maut Nahas Lion Air

November 14th, 2018 | by Amat
Kini Trending

Siapa sangka persiapan perkahwinan yang telah dibuat berakhir dengan kesedihan. Seorang wanita Indonesia, Intan Syari terpaksa meneruskan perkahwinan bersendirian apabila tunangnya maut dalam tragedi pesawat Lion Air JT-610 terhempas di Laut Jawa, tempoh hari.

Dia terpaksa melangsungkan majlis persandingan demi menunaikan permintaan terakhir pasangannya Rio Nanda Pratama. Sangat sebak membaca coretan yang dibuat gadis ini menerusi akaun Instagram.

Untukmu kekasihku

Foto dan kapsyen ini dimuatnaik Intan Syari sewaktu melangsungkan majlis persandingannya sendirian. Acara ini turut dihadiri keluarga kedua belah pihak, saudara-mara dan rakan terdekat bagi memberi sokongan buat dirinya yang telah kehilangan insan tercinta.

Kisah cinta kami memang banyak ujian

Intan Syari turut meluahkan dan kongsi momen indah sepanjang menjadi kekasih kepada Rio Nanda Pratama. Tunangnya itu dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas menghadiri satu majlis di Jakarta.

Undangan sudah dibuat

Terima kasih buat semua

Semangat dari keluarga dan rakan

Pesan terakhir dari mangsa

Turut dikongsi beberapa foto pada majlis perkahwinan dalam media sosial. Dia bersyukur kerana ahli keluarga dan rakan-rakan tidak putus memberi kata semangat dan sokongan untuk dia kuat. Menurut laporan dari The Straits Times, Intan Syari kongsi saat terakhir bersama mangsa Rio Nanda Pratama, dia pernah bergurau memberitahu,

Jika saya tak pulang pada 11 November, teruskan pakai baju pengantin yang saya pilihkan untuk awak, bersolek cantik-cantik, dapatkan ros putih daripada Sheila iatu penganjur perkahwinan, dan ambil gambar cantik-cantik. Kemudian hantar gambar-gambar itu kepada saya.

Sumber: The Straits Times

SKIP THIS AD ×