berita

‘Upah Cuci Longkang, Potong Rumput’ – Netizen Sebak Baca Kisah Inspirasi Chef Wan

November 8th, 2017 | by Ai
Lensa Insta

Chef Wan bukan lagi satu nama asing dalam bidang seni kulinari di Malaysia mahu pun di peringkat antarabangsa. Pelbagai kejayaan telah dikecapinya tetapi semua itu tidak datang bergolek. Berkat kerja keras dan semangat yang tinggi, tidak hiranlah Chef Wan kini merupakan antara chef celebriti yang amat disegani.

Itulah yang dikongsikan oleh Chef Wan menerusi laman Instagram miliknya apabila beliau memuat naik beberapa keping gambar dan video menceritakan pahit manis bergelar chef celebriti. Ternyata perkongsian tersebut telah menarik perhatian netizen sebagai sumber inspirasi yang patut dicontohi.

Video tersebut menunjukkan Chef Wan telah berkongsi gambar-gambar buku masakan, majalah dan juga pingat kebesaran miliknya untuk satu sesi pengambaran tapi dah alang-alang dikongsikan bersama peminat pula. Banyak gila majalah dan buku masakan Chef Wan sampai penuh satu meja.

Prinsip dimana ada kemahuan disitu ada jalan

Chef  Wan memberitahu walaupun dia sekeluarga hidup dalam keadaan susah, namun perkara tersebut tetap tidak mematahkan semangat beliau untuk mencapai impiannya itu. Sebagai anak sulung beliau turut berkorban masa remajanya untuk membantu kelaurganya itu.

Pengorbanan bermula daripada kita sendiri

Inspirasi kepada orang ramai

Admin ucapkan tahniah diatas segala perkongsian daripada Chef Wan. Diharap agar semua pihak dapat mengambil contoh dan berusaha mencapai cita-cita yang dihajatkan.

Sumber: Chef Wan

SKIP THIS AD ×