berita

[Update] Fazura Nafi Ada Niat Tak Baik Terhadap Sara Ali

December 26th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

FotorCreated

Biasalah dalam berkawan, mesti ada pasang surut, bukan setakat hubungan percintaan dan perkahwinan je. Tapi apa yang tak best, hilang kawan lagi sakit dari hilang boyfriend atau girlfriend. Itu apa yang kami rasa la.

Antara contoh friendship yang makin renggang dan tegang sekarang ini adalah antara Fazura dan Sara Ali. Selama ini mungkin ramai tak tau mengenai isu ini, tapi sejak kedinginan mereka dihebahkan dalam episod kedua Facing Up To Fazura, perkara ini menjadi semakin hangat.

Fazura Mahu Sara Ali Tonton Dulu

Screen Shot 2014-12-26 at 11.09.52

Saya ambil maklum serta meneliti maksud yang cuba disampaikan menerusi kenyataan Sara kepada media khususnya yang bertarikh semalam, 25 Dis. Apa yang saya boleh cadangkan agar  Sara menonton dahulu episod tersebut.

Selagi tidak menonton dan memahami sendiri jalan cerita episod kedua FUTF yang meraikan persahabatan sebagai tema episod kedua itu, pasti sukar bagi Sara untuk mengubah persepsinya tentang tujuan sebenar episod tersebut ditampilkan sedemikian.

Saya tiada niat tidak baik terhadap Sara dan agak keliru dengan dakwaan yang dikemukannya di dalam media. Oleh itu saya sekali lagi menyarankan Sara untuk menonton FUTF.

Akhir sekali, saya ingin mendoakan agar Sara Ali akan terus berjaya. – Murai

Sara Ali Menyampah

Menerusi laporan Berita Harian semalam, Sara Ali dikatakan terlalu menyampah dengan perkara yang berbangkit ini. Sara juga berkata dia ada hak untuk tidak terlibat dalam program tersebut dan tak mahu dipaksa.

Dia yang besarkan isu ini dan apa saja terjadi antaranya dengan saluran berkenaan, tu masalah mereka. Memang asalnya saya setuju untuk berjumpa dengan dia tapi selepas dapat tahu ada perkara yang saya tak suka… maka saya ubah fikiran.

Bagi saya hanya kerana program ini, saya simpulkan publisiti baik atau buruk, saya terima. Saya tak rugi apa-apa. Tak fasal satu Malaysia kenal saya yang tak popular ini. Saya tak rasa malu pun, dia yang patut sedar. Lepas ini saya nak tutup isu ini dan tak perlu dipanjangkan.

Itu kata mereka. Semoga hubungan kedua-duanya akan pulih semula seperti video kat bawah ni. Cute je!

SKIP THIS AD ×