berita

[UPDATE] Jangan Desak Saya – Erra Fazira Mohon Engku Emran Hormati Privasi

April 14th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

SIDANG-MEDIA-KONSERT-TEATERIKAL-SUARA-KITA-AWIE-–-ERRA-–-ZIANA-31-630x420

Sejak disahkan bercerai pada 18 Februari lalu, Engku Emran dilihat tidak berhenti menggunakan laman sosial untuk mengimbas kembali saat-saat manisnya bersama Erra Fazira sewaktu mereka masih bergelar suami isteri.

Namun pada hujung minggu lepas, Emran semakin berani memujuk semula hati bekas isterinya itu dengan menulis sesuatu di Instagram berserta gambar Engku Aleesya yang sedang memakai baju T bertulis #prayformomandayah.

Artikel berkaitan:

Biarpun ramai peminat memberikan reaksi positif, namun Erra sama sekali tidak menyangka dan terkejut dengan tindakan Emran di samping berharap agar bekas suaminya itu dapat menghormati privasinya.

erra fazira

Gambar kenangan Erra dan Emran sekeluarga sewaktu masih bergelar suami isteri

Tolong hormati privasi saya. Tiada ibu bapa yang tidak mahu membahagiakan anak. Tanggungjawab dan amanah (menjaga anak) tetap dikendong. Jangan desak saya. – mStar Online

Dalam pada itu, Erra turut menegaskan bahawa hanya Allah S.W.T, dirinya dan Emran sahaja yang tahu apa sebenarnya terjadi antara mereka.

Satu Malaysia boleh berdoa tetapi Allah lebih mengetahui. Saya mohon sangat-sangat, saya tahu apa yang saya lalui. Tolonglah hormati privasi saya dan doakan saja yang terbaik.

Untuk makluman, Erra dan Emran mendirikan rumahtangga pada 25 Oktober 2007 dan bercerai pada 18 Februari 2014 di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam dengan talak satu.

SKIP THIS AD ×