Bertambah-tambah rezeki pelakon Uqasha Senrose selepas mendirikan rumah tangga dengan aktor Kamal Adli pada November tahun lalu.
Artikel Berkaitan: Netizen Kutuk Gemuk Selepas Kahwin, Uqasha Senrose Tak Kisah Tengah Bahagia Dengan Kamal Adli
Belanja kereta
@kamalxuqashaloveforever Birthday present from Uqasha Senrose to mama ???? semoga dimurahkan pintu rezeki yg luas untuk Uqasha.. #fyp #fyp??viral #fyp? #kamalxuqasha #uqashasenrose #kamaladli ? Kenangan Terindah – SAMSONS
Baru-baru ini, Uqasha telah menghadiahkan sebuah kereta mewah kepada ibunya, Rosmizai Mohd Noor.
Menerusi TikTok @KamalXUqasha, aktres berumur 29 tahun ini membuat kejutan kepada ibunya ketika sambutan ulang tahun kelahiran adiknya, Raysha Rizrose.
Bukan sahaja kereta Toyota Alphard berwarna putih, pemilik nama lengkap Nik Zaris Uqasha Nik Sen juga memberi sejambak bunga sambil disaksikan oleh ahli keluarga terdekat.
Momen itu turut dikongsikan pasangan selebriti Nadiyah Shahab dan Ben Ali serta Aprena Manrose di akaun Instagram (IG).
Anak yang baik
Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat memuji di samping mendoakan agar kakak kepada pelakon Nelydia Senrose ini sentiasa dimurahkan rezeki.
Alhamdulillah.. Insya-Allah rezeki tak putus kalau kongsi dengan orang tua kita.
Terus la jadi anak terbaik Uqasha.
Bahagia seorang ibu itu apabila mempunyai anak yang menghargainya.
Uqasha contoh anak terbaik. Semoga Allah memberkati hidupmu.
Terbaik Uqasha untuk seorang ibu. Baik rupa dan jaga akhlak.
Sumber: TikTok @kamalxuqashaloveforever