Tahun lalu, kisah percintaan pasangan ini kecoh diperkatakan di dada-dada akhbar apabila Pekin Ibrahim mendakwa Uqasha Senrose berlaku curang bersama seorang pelakon kacak, Sharnaaz Ahmad.
Bagaimanapun, kontroversi itu reda apabila Pekin meminta maaf kepada kekasihnya itu dan mengakui kesilapannya menuduh Uqasha tanpa usul periksa.
Artikel Berkaitan:
Biarpun hubungan mereka sedikit tergugat akibat salah faham itu, namun mereka masih mampu bertahan dan pasangan ini sudah mula membuat persiapan perkahwinan mereka.
Pekin dan Uqasha merancang untuk bernikah tahun ini
Ditanya mengenai persiapan untuk hari bahagia mereka yang dirancang akan berlangsung tahun ini, Uqasha Senrose mengatakan bahawa ianya masih dalam proses persiapan dan hanya akan mengumumkan tarikh sebenar apabila segalanya sudah selesai sepenuhnya.
“Kami bukanlah nak sorok-sorok. Cuma persiapan belum siap 100% lagi. Sekarang ini masih dalam planning. Bila dah siap semuanya nanti baru kami akan umumkan tarikh.”
Uqasha mahu bakatnya lebih dilihat berbanding kisah cintanya
Beralih pada soal karier, bakat lakonan Uqasha dilihat jarang digembar-gemburkan dalam media, sebaliknya hanya kisah cinta yang memonopoli imejnya.
“Sha sedia maklum mengenai perkara itu. Sha tak kisah jika kisah cinta Sha orang tulis dalam akhbar. Tapi, lebih baik jika ianya seiring dengan cerita mengenai karier Sha. Sha nak orang nampak bakat Sha.”
Dalam perkembangan terbaru, pelakon jelita itu kini sedang sibuk dalam pembikinan cerekarama terbarunya bersama dengan TV3.