Seorang pengusaha durian dari Thailand menawarkan wang tunai 10 juta Baht (RM1.28 juta) termasuk aset buat mana-mana lelaki yang berjaya memikat anak perempuannya untuk diperisterikan, tempoh hari.
Bagaimanapun, setelah dua hari mengumumkan keputusannya itu, dia menarik semula tawaran tersebut gara-gara terima lebih 10,000 panggilan!
Serahkan perniagaan kepada bakal menantu
Menerusi Bangkok Post sebelum ini, pengusaha usahawan, Anont Rotthong durian berhasrat untuk bersara dan akan menyerahkan perniagaannya itu sepenuhnya kepada bakal menantu.
Sementara itu, anak tunggal kepada usahawan durian ini, Kansita Rotthong berharap agar mendapat seorang lelaki yang baik dan sanggup bekerja keras serta menyayangi diri dan keluarganya.
Batalkan tawaran
Menurut laporan Astro Awani, usahawan durian ini juga meletakkan syarat penting yang mesti dipenuhi oleh mana-mana lelaki bertuah itu seperti mesti tahu cara membeli dan juga memilih durian. Malah, calon menantu juga harus mengambil bahagian dalam satu ‘pertandingan’ selama tiga bulan yang akan diadakan olehnya.
Bagaimanapun, usahawan durian itu telah menyatakan hasratnya itu dibatalkan dan dia tidak akan melayan sebarang permohonan dari mana-mana individu.
Terima lebih 10,000 panggilan
Setelah dua hari viral mengenai tawaran itu, dia telah terima lebih 10,000 permohonan untuk menjadi calon menantu dan memperisterikan anak gadisnya itu. Malah, telefonnya tidak berhenti berdering sejak berita itu tersebar di seluruh dunia.
Kepada lelaki yang berminat, berhenti telefon saya! Saya letih dengan panggilan telefon yang tidak henti-henti. Beri saya ruang untuk berehat.
Sumber: Astro Awani