Penyanyi, Nubhan Ahamad, berkongsi berita sedih apabila hasratnya untuk menimang cahaya mata ketiga tidak kesampaian apabila isterinya mengalami keguguran baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Tinggal Kejap Ambil Barang Dalam Rumah’ – Detik Cemas Anak Nubhan Terkunci Dalam Kereta
Artikel Berkaitan: ‘Kau Ingat Aku Batak Ke?’ – Dituduh Ditanggung Isteri Doktor, Nubhan Bidas Kritikan Netizen
Artikel Berkaitan: Foto & Video Majlis Resepsi Nubhan Yang Penuh Romantis
Di Instagram, Nubhan memberitahu isterinya telah mengalami pendarahan selepas tujuh minggu kehamilan.
Tak ada rezeki
View this post on Instagram
Takda rezki anak ke-3. Gugur buat kali yang ke-2. Usia kandungan 7 minggu. So kena berpantang yang ringan-ringan saja.
Menerusi video berdurasi lebih kurang 2:00 minit itu, isteri Nubhan iaitu Dr Afifah kelihatan sedang melakukan pemeriksaan kandungan selepas mengalami pendarahan.
Nubhan yang sentiasa berada di sisi isterinya itu kelihatan tenang dan redha dengan ujian yang diberikan.
Saya baru kehilangan bayi
Rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman yang sama di mana mereka juga mengalami keguguran baru-baru ini. Oleh itu, mereka berharap Dr Afifah kuat dan tabah dengan ujian yang diberikan. Di samping itu, netizen turut mendoakan pasangan tersebut dikurniakan rezeki lagi selepas ini.
Sumber: Nubhan