berita

Ustaz Didakwa Rogol, Liwat Pelajar Sekolah. Bukan Sekali Tapi Lima Kali!

August 13th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Kes rogol dan liwat melibatkan guru dan pelajar semakin menjadi-jadi. Bukan kali pertama kes sebegini berlaku di institusi pengajian di negara kita. Terbaru, seorang ustaz sekolah menengah yang juga merupakan guru bahasa Arab di Kelantan berdepan dengan lima pertuduhan merogol dan meliwat seorang pelajar di sekolahnya.

Dituduh merogol dan meliwat

Memetik laporan Harian Metro, Muhammad Nursalam Hazeman yang merupakan seorang ustaz di sekolah menengah didakwa diatas pertuduhan merogol dan meliwat pelajar lelaki di sekolah tersebut. Mangsa yang berusia 14 tahun itu disyaki dicabul pada bulan Julai lalu.

Tertuduh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Pasir Mas atas lima pertuduhan merogol dan meliwat pelajar sekolah. Dia bagaimanapun mengakui tidak bersalah dan mohon dibicarakan semula.

Lima pertuduhan

Menurut laporan perbicaraan, pertuduhan pertama hingga keempat mendakwa tertuduh telah merogol remaja berusia 14 tahun pada 3, 10, 17 dan 24 Julai. Kejadian dipercayai berlaku di sebuah rumah di Wakaf Bharu, Tumpat pada jam 2.30 petang.

Manakala, bagi pertuduhan kelima pula menyaksikan ustaz tersebut didakwa melakukan persetubuhan yang bertentangan pada 3.00 petang di lokasi yang sama pada 1 Ogos lalu.

Justeru, ustaz berkenaan akan didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan. Tetapi sekiranya sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan dikenakan sebatan.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×