Umum tahu dengan keadaan kesihatan penceramah terkenal, Datuk Ustaz Kazim Elias (DUKE) yang kurang sihat sejak akhir-akhir ini. Ustaz Kazim pernah mendedahkan keadaan kakinya yang membengkak sehingga sukar untuk berjalan.
Artikel Berkaitan: Kaki Ustaz Kazim Elias Membengkak Selepas Jumpa Kotak Berisi Abu & Gambar Dibakar – ‘Insyallah Saya Mampu’
Muka berubah banyak dari dulu
Menerusi sebuah video di TikTok @azlanazs, dia berkongsi rakaman perbualan Ustaz Kazim ketika diaju soalan mengenai tahap kesihatan diri.
Menurut Ustaz Kazim, perubahan yang ketara adalah mukanya. Katanya, wajah dia telah berubah sehingga 70 peratus jika ingin dibandingkan dengan sebelum ini.
Tuan-tuan dan puan-puan boleh tengok sendiri. Saya tak reti (pandai) nak jawab soalan tentang keadaan diri. Saya rasa mungkin berubah dalam 50 hingga 70 peratus daripada wajah saya yang asal.
Itu sahajalah yang dapat saya bagitahu kalau ada orang tanya tentang kesihatan saya. Tengok muka, inilah dia.
Dalam video tersebut jelas kelihatan mata Ustaz Kazim yang agak sembab serta warna bibir berubah menjadi gelap.
Mandi sungai pada waktu subuh
@azlanazs #penyakit #ain #fyp #datoustazkazimelias #dakwah #islamic_video #tiktokguru_malaysia #viral #viralvideo ? bunyi asal – CaZs Production
Di samping itu, Ustaz Kazim memberitahu penyakit yang sedang dihadapinya adalah penyakit ‘Ain.’ Kata Ustaz Kazim lagi, sekiranya rawatan yang sedang dilakukan tidak menunjukkan perubahan positif, dia akan pergi mandi di sungai pada waktu subuh sebagai rawatan alternatif lain.
Penyakit yang sedang saya hadapi ni mungkin ada benda-benda yang berkaitan dengan ‘Ain. Tapi saya lebih terkena kepada penyakit ‘Ain’.
Kalau semua rawatan biasa tak jalan, Insya-Allah saya kena mandi di sungai pada waktu subuh menghadap hulu sungai beberapa hari. Itu salah satu rawatan penyakit ‘Ain’. Insya-Allah sembuh.
Memetik hadis Rasulullah S.A.W, Ustaz Kazim menegaskan penyakit ‘Ain’ amat bahaya kerana boleh mengundang maut.
Sumber: TikTok @azlanazs