Seorang ibu meluahkan rasa kecewa apabila kes anaknya yang diliwat oleh seorang ustaz di sebuah sekolah agama sekitar dua tahun lalu masih lagi belum selesai.
Artikel Berkaitan: Isteri Tengah Hamil, Guru Tahfiz Didakwa Buat ‘Projek’ Sodomi Pelajar Lelaki Di Bilik Asrama
Tuntut keadilan
Menerusi Facebook, Norsuraya memaklumkan bahawa tujuannya memuat naik hantaran tersebut bukanlah untuk menjatuhkan nama baik mana-mana sekolah agama di Malaysia namun hanyalah untuk menuntut keadilan buat anak lelakinya.
Assalamualaikum, saya seorang ibu yang menantikan keadilan buat anak lelaki yang di liwat lebih dua tahun di sebuah sekolah agama di Penang.
Tujuaan saya post bukan sebab nak jatuhkan sekolah agama yang sedia ada, tapi untuk mendapatkan keadilan buat anak lelaki saya.
Norsuraya mendakwa kejadian hitam itu telah menyebabkan impian anaknya untuk melanjutkan pelajaran ke Mesir berkecai.
Saya mohon sangat ada yang sudi viralkan kes ni sampai anak lelaki saya dapat keadilan.
Hancur hati seorang ibu untuk melihat anak tersayang untuk menjadi seorang Hafiz dan hancur impian seorang anak untuk melanjutkan pelajaran ke Mesir.
Ustaz minta pertimbangan
Dalam pada itu, Norsuraya turut berkongsi tangkap layar memaparkan hantaran mesej yang dihantar ustaz berkenaan kepadanya.
Menerusi hantaran mesej itu, ustaz tersebut meminta jasa baik keluargnya untuk mempertimbangkan semula perkara tersebut memandangkan kesihatan ibu dan ayahnya yang tidak berapa baik.
Saya faham perasan akak (ibu mangsa) sebagai seorang ibu dan saya pun faham keadaan Aidil (mangsa). Tapi saya nak minta tolong pertimbangkan keadaan keluarga saya.
Bapa saya baru sahaja menjalani operation di kepala dan ibu saya pun sakit dan saya takut keadaan mereka kalau isu ini tersebar.
Ustaz tersebut turut mengakui kesilapannya yang melakukan perbuatan terkutuk itu dan berharap agar diberi peluang kedua memandangkan sekolah agama tersebut telah pun ditutup.
Sekadar info, seorang guru agama lelaki berusia 31 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Georgetown pada 24 Mac 2021 atas tiga pertuduhan meliwat dan melakukan amang seksual terhadap pelajarnya berusia 15 tahun.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan berkenaan antara 20 November 2020 hingga 14 Mac lalu di sebuah rumah di Teluk Kumbar.
Tertuduh juga berdepan satu dakwaan di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan dan dua dakwaan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017.
Memang diliwat dan ada bukti
Sumber: Facebook, Berita Harian