berita

Ustaz Mengerang Sakit Terima 74 Sebatan Cabul Dua Pelajar Bawah Umur Di Aceh

July 16th, 2020 | by AnisAffandi
Kini Trending

Seorang lelaki yang dikenali sebagai Ustaz Coy telah menerima 74 kali sebatan pada Rabu lepas selepas didapati bersalah mencabul dua pelajar bawah umur di sebuah sekolah berasrama penuh di Aceh Utara. Hukumannya dikurangkan 6 sebatan setelah dia menjalani hukuman penjara selama 6 bulan.

Ambil kira protokol kesihatan

Ustaz Coy atau nama sebenarnya M. Zahrul, 29 menerima hukuman tersebut di perkarangan Pejabat Peguam Daerah Aceh Utara di mana polis dan polis syariah menjaga pelaksanaan hukuman itu.

Menurut Ketua Pejabat Peguam Daerhan Aceh Utara, Pipuk Firman Priyadi, perlaksanaan tersebut mengambil kira protokol kesihatan dan masih mengikut prosedur operasi standard (SOP) kesihatan.

Diadakan di tempat terbuka

Menurut Pipuk, asalnya dia menerima 80 sebatan tetapi dikurangkan kerana dia telah menjalani hukuman penjara terlebih dahulu. Ustaz Coy kelihatan mengerang kesakitan ketika tukang sebat menjalankan hukuman dan ketika cecah sebatan ke 40, dia meminta berhenti sementara untuk minum air.

Perlaksanaan ini telah memenuhi ketentuan undang-undang jenayah dan hukuman sebat itu dilakukan di tempat terbuka yang dapat dilihat oleh orang awam.

Menurut Pipuk, Ustaz Coy dikenakan hukuman kerana melanggar Aceh Qanun Nomor 6 tahun 2014 dengan mencabul kanak-kanak di bawah umur. Kejadian cabul itu dilakukan di sebuah sekolah berasrama penuh di Gampong Paloh Lada, Kabupaten Dewantara, Aceh Utara pada 16 Januari 2019.

Sumber : Tasik Malaya

SKIP THIS AD ×