Penceramah terkemuka Ustaz Syamsul Debat adalah nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Ceramahnya yang disulami dengan lawak jenaka membuatkan penonton tidak kering gusi dan terhibur walaupun sedang mengikuti ceramah agama.
Baru-baru ini, ada kontroversi terpalit membabitkan personaliti ini sehingga membuatkan ramai yang tidak terkejut dengan perkhabaran itu.
Nafi tuduhan skandal
Ustaz Syamsul menafikan dakwaan laporan akhbar tempatan yang mendakwa dia terlibat dengan skandal dan mengacau seorang wanita berstatus isteri orang.
Saya dengan ini menafikan (segala) tuduhan dibuat, sebab saya pun tak tahu apa tuduhannya.
Katanya siasatan sedang dibuat, tapi saya sendiri pun belum disoal pihak berkuasa.
Media perlu semak balik laporan
Tambahnya, media perlu menyemak semula laporan berkenaan kerana ianya boleh mengelirukan ramai pihak. Menurut Syamsul, disebabkan laporan itu, pihaknya kelam-kabut tertanya-tanya cerita sebenar.
Cuma pesanan saya pada mana-mana media yang buat laporan seolah-olah mengelirukan, itu kena tengok baliklah.
Katanya ada laporan (polis) di Johor. Saya pun tak tahu siapa yang melapor. Lelaki, perempuan atau khunsa? (Secara) berkumpulan atau individu?
Tapi tiba-tiba muka Syamsul Debat keluar (dalam akhbar), besar pula. Jadi mana tak kelam kabut. Ahli keluarga semua tanya, apa cerita.
Tak tuduh sesiapa
Dalam pada itu, penceramah ini juga tidak mahu terlalu cepat menuduh dan bersangka buruk dengan mana-mana pihak. Ini kerana, dia banyak berurusan dengan ramai orang.
Saya pun tak mahu bersangka (buruk), mesti orang ini atau orang itu. Memang tak tahu, sebab saya berurusan dengan ramai orang.
Tiba-tiba saja timbul, saya pun tak tahu (datang) dari mana.
Semalam Sinar Harian melaporkan, Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Muhammad Zaki Harun mengesahkan pihaknya menerima laporan dan kini sedang menjalankan siasatan membabitkan seorang penceramah.
Sumber: Sinar Harian