Di Facebook, pendakwah terkenal Ustazah Asma’ Harun memberi 10 sebab mengapa umat Islam perlu dihalang daripada menghadiri konsert Coldplay, hari ini.
Artikel Berkaitan: Ustazah Asma’ Harun Tegur Pasangan Artis Muat Naik Video ‘Soft Porn’ – ‘Itu Perbuatan Maksiat Sangat Berat’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Sabar Anak Jarang Dilihat, Jarang Dihargai’ – Ustazah Asma’ Harun
10 sebab perlu halang
Menurut Ustazah Asma’, bala atau keburukan tidak akan datang segera dan kepada ummat tertentu sahaja, tapi ia akan memberi kesan jangka masa panjang dan buruk kepada seluruh ummat Islam walaupun yang tidak terlibat dengan konsert.
Keluarga kita di sana sedang menderita, dibantai beramai-ramai dan bergelumang dengan darah, sanggupkah kita menyanyi, menari jatuhkan maruah. Dalam isu ini walau kita tiada kuasa untuk sekat, untuk kali yang terakhir kita boleh usaha sekat ummat Islam dari pergi.
Tambah Ustazah Asma‘, konsert seperti ini jelas bercanggah dengan syariat Islam, hiburan melampau, percampuran lelaki perempuan yang tak terkawal, tanpa batasan dan lebih bahaya lagi kumpulan ini dikaitkan dengan budaya yang tidak bermoral ditambah sokongan mereka kepada golongan LGBT.
Kumpulan ini telah jelas menyatakan sokongan kepada golongan LGBT dalam pelbagai cara sepanjang menjadi artis. Buktinya satu laman web San Diego G*y & L*sb*ian New (SDGLN), iaitu laman yang mewakili golongan ini mengiktiraf bahawa kumpulan Coldplay adalah penyokong bagi hak kesamarataan kepada golongan mereka dan membantu dari segi dana.
Vokalis Coldplay, Chris Martin mendakwa dirinya seorang “Alltheist” mempercayai tuhan ada pada diri setiap orang dan semua tempat.
Pada tahun 2017, Coldplay menyumbang sebanyak RM84,850.20 untuk membantu organisasi LGBT di Australia atas tujuan kempen kesaksamaan perkahwinan.
Chris Martin sering mengibarkan bendera LGBT di konsert-konsert Coldplay sebagai SIMBOLIK SOKONGAN terhadap golongan ini. Terbaru konsert di London.
Ujar Ustazah Asma’ lagi, pada tahun 2016, ketika temu bual dengan majalah Rolling Stone, Chris pernah berkata ‘ini tahun 2016 mengapa kita masih bercakap tentang hak g*y seolah-olah ia adalah satu isu?, ia sepatutnya hanya menjadi hak asasi manusia.”
Walaupun Coldplay mungkin tidak mendakwa secara terang bahawa mereka mengamalkan kehidupan s*ngs*ng, namun mereka aktig menunjukkan sokongan dan sumbangan kepada golongan tersebut terutamanya melalui komitmen mereka mempromosikan sebagai band artis yang mengibarkan bendera di atas pentas ketika persembahan.
Di akhir perkongsian, Ustazah Asma’ berharap para pemimpin Islam mengambil amanah ini dengan mengadakan perbincangan yang harmoni, meneliti kembali kesan yang bakal berlaku dan mempertimbangkan untuk tidak meneruskan.
Walaupun sudah ada bukti bahawa kumpulan ini menyumbang kepada keluarga di sana, ia tidak menjadi tiket untuk meneruskan konsert, perlu faham mudharat yang lebih buruk iaitu keruntuhan akhlak orang Islam dan tidak mustahil selepas ini akan ada gerakan, permintaan untuk adakan konsert pesta maksiat sebegini lagi. Ia boleh jadi jarum halus kepada pengiktirafan perbuatan s*ngsa*ng, l*beral.
Sumber: Ustazah Asma’ Harun