Sebelum ini, pendakwah bebas iaitu Ustazah Asma’ Harun telah meluahkan rasa sebak selepas melihat posting terakhir di Facebook milik wanita yang dipercayai menjadi mangsa bunuh suaminya sendiri. Malah, beliau juga ada memberitahu hasratnya untuk berjumpa dengan keluarga dan anak-anak arwah.
Artikel Berkaitan: Ustazah Asma Sebak, Posting Terakhir Wanita Mangsa Bunuh Kongsi 3 Video Kuliahnya
Artikel Berkaitan: ‘Berat & Berbau Busuk’ – Jiran Bantu Angkat Tong Dedah Rahsia
Artikel berkaitan: Jumpa Surat Fasakh & Nampak Suspek Bawa Keluar Tong Air, Jiran Mangsa Dedah Kejadian Sebenar
Terbaru, ustazah Asma menerusi akaun Facebooknya ada berkongsi kisah sewaktu menziarahi keluarga arwah di Hulu Tiram, Johor Bahru.
Terlalu banyak fitnah, kejian
Foto: Facebook Ustazah Asma
Ustazah Asma meluahkan rasa syukur akhirnya dia berkesempatan ke Johor Bharu untuk menziarahi keluarga arwah Hasliza Alias iaitu mangsa yang dibunuh oleh suaminya sendiri. Menurut beliau, ahli keluarga arwah mengakui terlalu banyak fitnah dan kejian terhadap arwah tetapi penulisan ustazah Asma sebelum ini sedikit sebanyak telah membantu menjernihkan keadaan.
SubhanAllah, daripada si adik (Nor), saya dapat mendengar kisah kebaikan dan ketaatan seorang wanita yang cuba sedaya upaya menjadi isteri yang baik buat seorang suami.
Walaupun begitu, ustazah Asma memaklumkan dia tidak boleh menulis secara terperinci mengenai kisah itu memandangkan kes masih dalam siasatan pihak polis. Tambahnya lagi, kedua-dua anak arwah juga seakan sudah mengerti apa yang berlaku terhadap ibu mereka.
Cerita Nor, pada waktu tengah malam biasanya mereka akan bangun dan dilihat gelisah, mungkin mencari-cari bonda. Terus dipasang ayat alQuran dan ditepuk², mereka akan tidur semula. Kata Nor, begitulah cara arwah tidurkan anaknya. Bayangkan si abang yang berumur 4 tahun, boleh meminta dengan Nor (emak saudaranya) nak mengaji alQuran. Kerana dah jadi kebiasaan arwah mengajarkan sendiri anak membaca alQuran.
Arwah sempat video call anak-anak
Foto: Facebook Ustazah Asma
Bercerita dengan lebih lanjut, ustazah Asma mengakui sangat kagum dan puji dengan sifat arwah yang tidak suka bercerita mengenai keburukan suaminya. Meskipun mempunyai masalah rumah tangga, arwah dikatakan lebih suka merahsiakannya daripada pengetahuan keluarga kerana mahu menjaga aib dia dan suami.
Dan saya sangat memuji keluarga arwah yang dilihat begitu tenang, kami dapat jumpa 4 orang adik arwah, namun ibu ayah arwah di Terengganu. Mereka semua sedikit pun tidak memberi perhatian dengan menyebutkan apa-apa keburukan abang ipar (suami arwah) yang dipanggil abang Ngah.
Bahkan mereka masih menggunakan ayat yang tidak berunsur dendam, seperti.. “Kami pun tak tahu apa yang berlaku antara mereka, kenapa Abang Ngah buat begitu..”, “Kami takkan tanam rasa benci anak-anak ni pada ayahnya, kerana walau apapun, itu ayah kandung mereka”. “Mungkin Abang Ngah diluar sedar dan kawalan…”
Tambah Nor lagi, beberapa hari sebelum kejadian, arwah ada membuat panggilan video bersama anak-anak dan datuk nenek kedua-dua belah pihak.
Walaupun masih berasa sedih dengan pemergian arwah, tetapi mereka kini sudah redha dan menerima ketetapan ini dengan hati yang terbuka.
Sumber: Ustazah Asma