Setiap ibu bapa yang memiliki anak pasti mahukan anak mereka membesar dengan sihat dan sempurna. Tapi, siapa kita untuk menolak takdir Allah sekiranya anak ditakdirkan menghidap sesuatu penyakit. Mahu tidak atau tidak kita perlu redha dan kuat melalui ujian yang diberikan.
Itulah yang ditunjukkan oleh ibu ini apabila anaknya disahkan menghidap kanser saraf tahap 3. Anaknya yang masih kecil terpaksa melalui saat-saat sukar melawan penyakit tersebut.
‘Usus anak awak ni bengkak..’
MAWAR HANANIA BINTI MUHAMMAD IZAT HAKIM
19.12.2018
Tarikh mula-mula Mawar masuk hospital. Tak akan aku lupa tarikh tersebut. Masa itu Mawar pucat dan susah nak berak, seminggu sekali baru berak kekadang sampai berdarah. Itu yang tergerak hati nak pergi klinik swasta. Doktor swasta itu check Mawar and then dia ckp ‘anak awak nie ada masalah usus, saya nak buat surat rujukan untuk awak pergi ke hospital kerajaan’.
Malam dalam pukul 10 aku dan suami pergi ke Hospital Sultan Aminah (HSA), dekat kecemasan HSA Mawar ditempatkan di ZON kuning. Dalam otak ini macam-macam fikir, doa yang Mawar tak apa-apa je. Doktor buat X-ray untuk Mawar dan cakap ‘usus anak awak ini bengkak and then Mawar kena admit ward’.
Mawar menghidap kanser saraf tahap 3
Dekat wad pediatric HSA Mawar kena amik darah dan result memang darah merah Mawar kurang, jadinya kena TRANFUSE darah. Lepas itu Mawar kena buat CT scan abdomen. Masa itu aku masuk sekali masa Mawar buat scan, nampak dengan mata aku sendiri yang dekat kidney dia ada MASS, ya ALLAH masa itu aku rasa down gila.
Doktor cakap ketumbuhan Mawar dekat buah pinggang besarnye 12cm, kau rasa 12cm besar sangat-sangat. Budak umur 1tahun lebih ada ketumbuhan dekat buah pinggang 12cm. Besar sangat-sangat. Aku call family, terus aku menangis cakap dengan diaorang Mawar ada ketumbuhan. Rasa down sangat-sangat kenapa anak aku? Kenapa Mawar? Tapi ALLAH itu ada, dia tak akan uji hambaNya sekiranya hambaNya tak mampu. Dia uji maksudnya DIA sayang hambaNya itu.
Lepas itu Mawar kena transfer ke Hospital Sultan Ismail (HSI), jadinya kena la berkampung di HSI pula, duduk dekat HSA 3 hari je. Lepas itu Mawar kena buat ujian terperinci untuk nak tahu ada diagnosis penyakitnya. Mawar kena buat BONE MARROW, lepas dapat result doktor diagnosis penyakit Mawar RIGHT NERUROBALSTOMA (cancer saraf) stage 3.
‘Sebulan Mawar tak boleh jalan..’
Doktor pakar bagi kaunseling tentang penyakit yang dia hadapi, hanya mampu berserah dam teruskan rawatan sahaja. Mama tahu Mawar kuat, rawatannya Mawar akan jalani chemotherpy 7 cylce, operation dan radiotherapy. Masa rawatan macam-macam berlaku kat Mawar. Demam, muntah-muntah, tak lalu makan dan macam-macam la. Sedih sangat mama tengok keadaan Mawar.
Pernah Mawar tak boleh berjalan selama sebulan sebab Mawar terlampau lemah sagat. Tapi Mawar gagahkan diri untuk berjalan dan akhirnya Mawar mampu berjalan. Suami aku berhenti kerja untuk jaga Mawar sepenuhnya, sekarang hanya aku saja yang berkerja.
Ia memang aku kerja kerajaan tapi kalau nak menampung perbelanjaan lain kekadang kami anak beranak cukup-cukup makan je. Ulang alik hospital ada rutin harian Mawar, lepas abis chemo, Mawar akan ke daycare untuk tengok keputusan darah, selagi darah tak cantik selagi itu akan datang hospital.
Rupanya ada 3 tempat ketumbuhan
14.4.2019 ini Mawar akan jalani chemotherpy ke 4. Moga Mawar kuat jalaninya. Lepas chemo doktor pakar cakap Mawar akan jalani pembedahahan untuk buang ketumbuhan dekat kidney. Lupa nk cerita, Mawar ada buat scan MIBG dekat Hospital Kuala Lumpur (HKL), keputusannya ketumbuhan ada 3 tempat, 1 dekat buah pinggang, 2 dekat tulang thorax dan 3 dekat sebelah leher dia.
Perjalanan Mawar masih belum tamat lagi, masih banyak lagi yang dia kena lalui. Doakan Mawar untuk terus kuat dan kuat.
Terima kasih pada kawan-kawan yang pernah beri sumbangan pada Mawar. Semoga Allah membalas jasa baik kalian. Doa dan kebaikan korang semua tak mampu kami balas.
Jika kawan-kawan nak beri sumbangan atau nak bertanya pasal kesihatan Mawar. Pm or DM 0173921405 (no saya sendiri).
Gambar sebelum dan sekarag.
Sebelum : 13.5kg
Sekarang : 10.8kg
Mawar Hanania anak syurga mama.
#neurobalstomacancer
#littlemawar
Sumber: Maryiam Edran