Kecoh di media sosial apabila segelintir netizen bercakap mengenai bentuk badan pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad yang kelihatan sedikit berisi selepas bersalin anak sulungnya, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Uyaina Arshad Terima Banyak Soalan Hamil, Risau Tak Sedar Sedang Berbadan Dua – ‘Saya Harap Komen Peminat Itu Adalah Satu Doa’
Artikel Berkaitan: Bawa Tema Cleopatra, Penampilan ‘Bertanduk’ Uyaina Arshad Undang Kecaman Netizen
Artikel Berkaitan: Ditanya Bagaimana Nak Tau Lelaki Itu Adalah Jodoh, Uyaina Arshad Dedah Dapat Petanda Dalam Mimpi – ‘Syahiran Datang Dan Pegang Cincin’
‘Saya tahu badan saya naik, takpayah bagitahu’
Menerusi kapsyen di Instagram, Uyaina mengakui bahawa beratnya agak naik selepas bersalin. Kapsyen panjang yang dimuat naik Uyaina membuatkan ramai netizen berkongsi kisah yang sama dan memberi kata semangat kepada pengacara muda itu.
Genap dua bulan lepas Uyaina bersalin anak pertama. Badan saya melalui banyak perubahan semasa mengandung dan kini, selepas bersalin. Ye, berat saya naik. Tidak perlu untuk memberitahu, saya tahu. Dan saya sedang berusaha untuk kurangkan berat badan.
Saya rasa sangat tidak sopan untuk kita menegur fizikal seseorang.
Uyaina atau nama sebenar Saidatul Naseha Uyaina Arshad sempat memberi kata-kata kepada semua para ibu di luar sana bahawa untuk selalu menyayangi tubuh mereka tanpa mengira perubahan yang dilalui dan perbezaan yang terjadi.
Netizen memberi kata-kata semangat
Untuk rekod, Uyaina selamat melahirkan bayi sulung lelakinya, Raja Urhan, pada 8 September 2022.
Sumber: Uyaina Arshad