Sebelum ini, pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad akui tidak kisah apabila ada segelintir pihak tidak menyokong kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini berhubung isu gangguan seksual melibatkan kanak-kanak.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Uyaina Arshad Ulas Isu Abang Bas Guna Fakta – ‘Saya Sebarkan Kesedaran, Tak Perlu Jadi Peguam Untuk Suarakan’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Korang Nak Kata Saya Tunggang Isu Abang Bas, Silakan’ – Uyaina Arshad Tak Kisah Dikecam, Hanya Mahu Berikan Kesedaran
Artikel Berkaitan: ‘Ya! Saya Memang Orang Kampung, Kenapa?’ – Uyaina Arshad
Terbaru, Uyaina dilihat menerima komen kurang baik daripada seorang individu di TikTok.
Esok dekat dalam makan ikan kering
Menerusi pemerhatian pihak OhBulan!, Uyaina kelihatan sedang menikmati makanannya di sebuah restoran.
Lebih mencuri tumpuan, ada satu komen yang meminta Uyaina menikmati momen tersebut terlebih dahulu sebelum berada di penjara berikutan kenyataan yang dikeluarkan berhubung kes gangguan seksual melibatkan kanak-kanak.
Berikutan daripada itu, Uyaina membalas komen tersebut dengan menyatakan bahawa dia akan memberi ilmu baru kepada individu berkenaan.
Menurut Uyaina, saman malu adalah kes fitnah (defamation). Hukuman bagi kes tersebut tidak masuk penjara sebaliknya, berdepan dengan saman sekiranya didapati bersalah.
Kena bayar segala kerugian. Tapi kalau dia tak salah, orang yang saman tu yang malu.
Terdahulu, Uyaina meluahkan rasa kecewa dengan tindakan seorang pemandu bas yang merakam video penumpangnya iaitu pelajar sekolah.
Menurutnya, perbuatan tersebut dilihat boleh menyumbang kepada jenayah melibatkan kanak-kanak.
Tidak lama kemudian, pemandu itu telah didakwa di Mahkamah Muar, Johor atas pertuduhan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan namun dibebaskan pada Selasa dengan bayaran jaminan sebanyak RM40,000.
Rentetan itu, keluarga abang bas melahirkan hasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu dan selebriti yang didakwa mengundang syak wasangka serta kecaman terhadap mereka sebelum ini.
Antara nama ‘dipetik’ netizen ialah Uyaina dan Diana Danielle kerana dilihat lantang bersuara mengenai isu berkenaan dalam media sosial.
Video
@uyaina.arshad Baru habis live ? Ok tak tu? ??
Sumber: Uyaina Arshad