Ingat lagi tak sekitar tahun 2012 dahulu kecoh seketika perihal perceraian pasangan pelakon Vanidah Imran dan suaminya Rashidi. Segalanya terjadi dek kerana dialog lafaz cerai didalam filem ‘Untuk Tiga Hari’ yang dilakonkan oleh mereka.
Kalau korang masih ingat, Vanidah sendiri pernah menegaskan bahawa tiada talak yang jatuh ketika mereka berlakon. Tetapi, nampaknya, khabar angin keretakan rumahtangga pasangan ini kembali diperkatakan.
Demi menyangkal dakwaan tersebut, Vanidah menjelaskan menerusi akhbar Harian metro supaya pihak yang mencanang cerita ini merujuk dan mendapatkan bukti daripada mahkamah.
Pergi semak (di mahkamah) kalau betul ada fail di sana ya.
Saya tak ada apa nak sorok (jika benar bercerai). Tapi kami tak perlu dedahkan kehidupan kami kepada masyarakat. Kami senang dengan ruang privasi kami
Difahamkan, cerita ini kembali diperkatakan dek kerana pasangan ini dilihat sudah jarang-jarang hadir bersama dalam beberapa majlis dan acara yang membabitkan Vanidah atau Rashidi.
Apapun, kita doakan yang terbaik sajalah buat pasangan ini. Semoga semuanya dapat diselesaikan dengan baik.