berita

Vaseline Men Beri Keyakinan & Tarik Perhatian Gadis Cantik Luar Sana

May 5th, 2014 | by Ai
Make-It-Senang

Screen Shot 2014-04-24 at 3.14.00 PM

Kalau bercerita tentang keyakinan diri, bukan semua orang mempunyai tahap keyakinan yang sama. Ada saja faktor yang membuatkan diri ini seperti takut dan juga tidak yakin dengan apa yang dilakukan.

Cuba anda tanya diri anda, jika diberi peluang untuk menjadi hos televisyen menggantikan Awal Ashaari, anda rasa, mampukah anda menggalas tanggungjawab yang diberi?

Pastinya pelbagai alasan akan diberi seperti tak pandai mengacara lah, tak pandai berfesyen lah dan yang paling biasa didengar, ‘saya tak cukup hensem la’.

Ya, kajian menunjukkan yang keyakinan diri bukan saja datang daripada mental yang sihat, malah penampilan serta imej luaran juga memainkan peranan yang penting. Siapa pun pasti tak mahu untuk muncul di kaca TV jika muka dipenuhi jerawat atau pun berminyak, kan?

Screen Shot 2014-04-24 at 3.13.13 PM

Masalah keyakinan diri juga bukan saja mempengaruhi kehidupan harian kita, malah ada diantara anda yang kami yakin, sehingga kini masih belum mempunyai teman wanita, kan?

Tapi, anda percaya tak jika kami katakan yang ada produk boleh membantu anda menangani masalah ini. Sejujurnya, lepas gunakan pencuci muka Vaseline Men Antispot Whitening Oil Control, masalah kulit berminyak terus hilang.

Bukan setakat itu, seorang rakan pejabat kami yang mengalami masalah jerawat juga melihat perubahan yang ketara selepas menggunakan Vaseline Men AntiSpot Whitening Anti-Acne.

Haaa, menarik kan? Tiada lagi masalah keyakinan diri jika anda tahu menggunakan produk yang sesuai dengan diri anda.

Terbaru, Vaseline Men telah mengadakan satu peraduan dimana dengan menjadi #HensemMaksimum, anda berpeluang untuk memenangi sebuah iPhone 5C setiap minggu.

Screen Shot 2014-04-28 at 6.49.28 PM

Cabaran Vaseline Men minggu ini

Caranya mudah saja, anda cuma perlu masuk ke laman Facebook rasmi Vaseline Men dan jawab cabaran yang diberikan setiap minggu dan muat naik foto anda dengan gaya #HensemMaksimum. As easy as 123.

Jadi, apa tunggu lagi, keyakinan diri sudah kembali, mari menang iPhone 5C!

SKIP THIS AD ×