berita

Versus : Kompilasi Video Persembahan Go Gerila! Worth To Hear!

May 14th, 2012 | by M
Kini Trending

Sesiapa yang mengikuti program Versus di TV9 pasti mengagumi kreativiti anak seni tempatan yang memberikan interpretasi baru kepada lagu-lagu lama berdasarkan tema yang ditetapkan oleh pihak penganjur. 5 kumpulan yang terdiri daripada Hujan, Go Gerila!, 6ixth Sense, Sofazr & Black Parallax yang bertarung sejak 13 April yang lalu setakat ini telah membuktikan mereka mampu menyelesaikan tugasan yang diberikan.

Berbanding 4 kumpulan yang lain, OHBULAN HQ amat tertarik dengan corak serta tona bunyi yang dihasilkan oleh kumpulan Go Gerila! hasil gabungan band penyanyi popular, Aizat dan penyanyi solo baru, Amir. Sebagaimana contohnya, ketika minggu pertama Go Gerila! telah mengubah lagu Biso Bonar dendangan Hattan kepada nafas baru yang penuh eksperimental. Konsep lagu sebegitu memang bersesuaian dengan format Versus ini dimana setiap lagu akan berputar 360 darjah bagi pengalaman yang terbaik buat semua penonton dan pendengar mereka.

Go Gerila! terus mengukuhkan tapak mereka apabila berjaya membuatkan OHBULAN HQ tergamam dengan persembahan lagu Sudirman berjudul Mat Disko yang menerapkan pengaruh Brit Pop. Amat kena dengan telinga kami!

Yang terbaru pula, lagu Untukmu daripada kumpulan Feminin diberikan sentuhan ala world music. Pada kami, memang awesome sangat!

OHBULAN HQ yang terdiri daripada peminat muzik universal amat mengagumi kreativiti Go Gerila! dan kami sarankan anda supaya jangan lepaskan peluang untuk menonton persembahan mereka pada setiap Jumaat bermula 9:30 malam hanya di TV9. Dan, jangan lupa undi mereka dengan menaip “VS/VS5/VS10 jarak GGL” dan hantarkan ke 33399.

Berbeza dengan program realiti sedia ada, Versus menggunakan format yang amat berlainan dimana tiada penyingkiran dibuat sepanjang 8 minggu tempoh pertandingan berlangsung. Setiap kumpulan akan diadili oleh undian SMS dan markah daripada juri profesional yang terdiri daripada Jennifer Thompson selaku ketua juri, Loque selaku juri tetap dan seorang juri jemputan yang arif dengan bidang muzik. Juara pula akan membawa hadiah utama berupa wang tunai bernilai RM200 000.

Kompilasi video Go Gerila! selepas ini.

The following two tabs change content below.

M

Founder OHBULAN! yang kini bergiat secara serius dalam industri media & pengiklanan. Beliau membantu para klien mencapai pelanggan yang berpotensi melalui kempen pengiklanan secara menyeluruh dan berkesan.

SKIP THIS AD ×