Usahawan kontroversi Datuk Seri Vida akhirnya tampil membuka mulut mengenai isu kediaman, barang dan kereta jenama mewah miliknya yang disita, semalam.
Artikel Berkaitan: ‘Guys Sabar La Pasal Yang Kena Sita Tu, InsyaAllah Semua Akan Okey’ – Cik B
Artikel Berkaitan: Gagal Bayar Kontraktor RM1Juta, Barang Rumah Vida Termasuk Empat Kereta Mewah Kena Sita
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Cik B ‘Buka Mulut’ Selepas Dituduh Main Telefon Dalam Kelas – ‘Pensyarah Bagi Kami Kebenaran Untuk Cari Maklumat’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Vida Buat ‘House Tour’ Banglo Lima Bilik Cik B Di Sepanyol, Sewa RM5,000 Sehari – ‘Rumah Tu Nampak Menakutkan’
Telah lantik peguam
Menurut Vida, dia akan memberikan kerjasama yang baik terhadap isu yang sedang berlaku ini. Tambah Vida, dia sudah melantik peguam bagi membantu menguruskan perkara tersebut mengikut undang-undang.
Saya ingin memaklumkan bahawa saya mengambil perkara ini dengan serius dan akan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu yang dibangkitkan.
Saya telah melantik peguam untuk menasihati dan membantu saya dalam menyelesaikan perkara ini dengan cara yang terbaik dan mengikut lunas undang-undang.
Vida yang dipercayai sedang bercuti di China, bagaimanapun sempat menitipkan ucapan terima kasih terhadap keprihatinan netizen berhubung isu yang sedang berlaku. Pada masa yang sama, Vida berharap orang ramai berhenti mengkritik sebaliknya memberi ruang untuk dia menyelesaikan masalah tersebut.
Saya amat menghargai sokongan semua pihak dan berharap agar diberi ruang untuk menangani perkara ini dengan tenang dan profesional.
Video
View this post on Instagram
Terdahulu, media melaporkan beberapa aset Vida di Ipoh, Perak terpaksa disita.
Perintah penyitaan itu dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Ipoh, Anis Hanini Abdullah selepas membenarkan permohonan Mohammad Taufik Kamarul daripada Ah Design Communication Sdn Bhd.
Pelaksanaan writ penyitaan dan penjualan dilakukan pada sekitar 9 pagi di kediaman rumah Vida atau Hasmiza Othman.
Difahamkan, Vida dilaporkan gagal menjelaskan bayaran baki tunggakan kepada sebuah syarikat kontraktor pembinaan, Ah Design Communication sebanyak RM1,060,285 pada tahun 2018.
Sumber: Vida