berita

[VIDEO] ‘Asal Tak Tulis 100 Kali?’ – Syamsul Yusof Nafi Dakwaan Bersetubuh Luar Nikah

March 22nd, 2023 | by Zulaikha
Isu & Kontroversi

Sebelum ini, pelakon Puteri Sarah Liyana mendedahkan Syamsul Yusof dan isteri kedua, Ira Kazar sedang dalam siasatan kes persetubuhan luar nikah.

Artikel Berkaitan: ‘Dia Minta Dilepaskan & Cakap Sudah Ada Orang Lain’ – Syamsul Yusof

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Mereka Sedang Dalam Siasatan Di Bawah Akta 559, Persetubuhan Luar Nikah’ – Puteri Sarah

Saya nafi!

Ketika ditemui OhBulan!, Syamsul menyangkal dakwaan yang dikeluarkan oleh isteri pertama.

Bagaimanapun,aktor berumur 39 tahun itu mengakui kes tersebut masih dalam siasatan di bawah Akta 559 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Di Bawah Seksyen 23; Persetubuhan Luar Nikah.

Saya menafikan apa yang Puteri Sarah dakwa tentang saya dan isteri kedua (Ira) melakukan persetubuhan luar nikah.

Kenyataan-kenyataan itu tidak benar. Kenapa cakap 20 kali? Asal tak tulis saya bersetubuh 100 kali? Sebab itu saya saman Jawi sebab perkara itu tidak benar!

Ira bakal saman

Tegas pemilik nama Mohd Syamsul Mohd Yusof, tindakan undang-undang terhadap Jawi sudah diambil.

Sementara itu, peguam yang mewakili Syamsul iaitu Amar berkata, Ira Kazar juga bakal mengenakan tindakan saman terhadap Jawi.

Ira membuat laporan polis apabila dia tidak pernah mengeluarkan kenyataan itu. Jawi nak siasat itu hak dia. Tapi kenyataan itu Ira tidak meluahkan dan tidak betul.

Kenapa kita saman? Ada dua. Kenyataan itu boleh sebar kepada orang lain? Mana boleh sebar sampai ibu Syamsul tahu! Kedua, Ira tak cakap pun bersetubuh 20 kali.

Terdahulu Syamsul memfailkan permohonan nusyuz terhadap isteri pertamanya Puteri Sarah Liyana di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor, pada petang Selasa.

Antara alasan yang dikemukakan Syamsul adalah mendakwa Puteri Sarah berlaku curang dengan bekas kekasihnya yang juga suami orang, meninggalkan rumah kelamin sejak oktober 2020, enggan mematuhi notis nusyuz dan memfitnahnya memukul serta tidak memberi nafkah.

Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikul Islam, 6, dan Summayah, 4.

SKIP THIS AD ×