Umum tahu filem The Expendables sememangnya filem yang sangat ganas dengan barisan pelakon hero-hero Hollywood yang mantap. Dari Expendables yang terdahulu, filem ini telah pun dibarisi oleh Sylvester Stallone,Jason Statham, Jet Li, Dolph Lundgren, Randy Couture, Terry Crews dan juga Mickey Rourke.
Untuk filem sekuel The Expendables yang telah pun mula ditayangkan semalam diseluruh pawagam di Malaysia, ianya kembali dengan lebih meletup dan mantap. Stallone kali ini telah menambah beberapa orang lagi pelakon yang hebat seperti Chuck Norris, Liam Hemsworth, Jean-Claude Van Damme, Bruce Willis, dan juga Arnold Schwarzenegger. Hebat kan?
Anda bayangkan dalam sebuah filem, terdapat lebih 10 orang pelakon lelaki yang hebat sepanjang zaman. Itu sesuatu yang anda tidak harus lepaskan.
Namun begitu, terdapat 10 fakta menarik yang terdapat sepanjang proses filem The Expendables dijalankan. Antaranya ialah,
- Sylvester Stallone terpaksa menerima 14 jahitan ketika sesi penggambaran untuk The Expendables terdahulu. Leher Stallone juga telah patah ketika dia melakukan aksi gaduh bersama Stone Cold Steve Austin.
- Watak “Hale Caesar” sebenarnya telah ditawarkan untuk Wesley Snipes. Namun, Snipes terpaksa menolaknya kerana banyak masalah.
- Jean Claude Van Damme telah ditawarkan untuk berlakon dalam siri Expendables pertama, namun dia menolak.
- Chuck Norris mengaku bahawa dia telah meyakinkan produser untuk mengurangkan bahasa kasar didalam filem itu, sehingga filem itu diberi taraf PG-13.
- Ada ura-ura mengatakan sepatutnya watak rekruit baru diberi kepada Taylor Lautner, namun telah digantikan dengan Liam Hemsworth.
Mari tonton video dibawah untuk mengetahui lebih fakta tentang filem The Expendables. Anda pasti akan terkejut!