berita

Video : 14 Pekerja Dipecat Kerana Parodi “Oppa Gangnam Style”

September 9th, 2012 | by Ai
Hollywood

Secara kasar, melalui kiraan OHBULAN! di laman Youtube, sudah lebih 100 buah video parodi telah dibuat semenjak video asal Oppa Gangnam Style oleh Psy yang mencipta kejutan diseluruh dunia dimuat-naik ke laman Youtube.

Kesemua video-video parodi yang dimuat-naik telah menerima banyak respon dari para penoton di Youtube. Namun, untuk kali pertama, melalui Dailymail UK, 14 orang ‘lifeguard’ telah dipecat kerana menghasilkan video parodi “Oppa Gangnam Style” ditempat mereka bekerja.

Walaupun video berdurasi selama 2.22 minit itu telah dihasilkan dengan koreografi yang mantap dan turut dilakukan didalam kolam renang, majikan mereka semua tetap mengambil keputusan dengan memecat kesemua 14 orang pekerjanya. Antara punca mereka dipecat adalah kerana mereka menggunakan hakmilik bandaraya, kolam renang dan juga baju uniform untuk kegunaan sendiri tanpa kebenaran.

OHBULAN! rasa video parodi versi pekerja ‘lifeguard’ El Monte, California ini lebih menarik kerana dilakukan di kolam renang. Apa kata anda?

SKIP THIS AD ×