Bulan Syawal sering menjadi momen untuk kita bertemu kembali dengan sanak saudara serta teman-teman lama yang tinggal berjauhan selepas sekian lama tidak berjumpa.
Artikel Berkaitan: Selepas Setahun Tak Jumpa, Aedy Ashraf & Amelia Henderson Kembali Bersama
Artikel Berkaitan: ‘Kami Macam Adik-Beradik’- Nuha & Naufal Nafi Bercinta
20 tahun berpisah
Begitulah yang berlaku kepada seorang wanita yang dikenali sebagai Rose Zainal apabila teruja dapat bertemu semula dengan sahabat baiknya yang juga merupakan rakan sebilik sewaktu di universiti yang dikenali sebagai Yus Idawati, selepas 20 tahun berpisah.
Menerusi hantaran di laman TikTok, Rose yang berkongsi momen bahagia itu dilihat begitu gembira menyambut kedatangan sahabatnya sekeluarga yang datang berkunjung ke rumah untuk beraya.
Pertemuan selepas 20 tahun berpisah dengan sahabat baik saya. 3 Tahun kami jadi rakan sebilik.
Bertambah runtun lagi, apabila Rose berkata, Idawati merupakan individu yang banyak membantu dan menjaganya ketika dia jatuh sakit.
Kongsi susah senang bersama. Aku tiada duit kau belanja makan. Kalau aku sakit kau tolong tengokkan. Aku ingat lagi semua itu.
Sayang kau selamanya shabatku Yus Idawati. Semoga ada rezeki kita berjumpa lagi.
Netizen sebak
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya meluahkan rasa sebak melihat pertemuan semula dua rakan baik itu selain mendoakan persahabatan mereka kekal selamanya.
Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah menerima lebih 200,000 tontonan dan 13,000 tanda suka.
Video
@hellohampa 20 tahun berpisah dgn sahabat baik…. 3 tahun kami jadi rakan sebilik, susah senang kongsi bersama, aku tak ada duit hang tlg belanja makan…aku sakit hang tlg tengokkan…aku ingat lagi semua tu. Sayang hang sahabat ku @yusidawati . Semoga ada lagi rezeki utk kita bertemu. ??????. Love, Rose Zainol #fyp #viral #viralvideo #videoviral #hellohampa #zamanuniversiti #sahabatsejati ? Bismillah Cinta – Reinhard Morgan & Berlian Maharani