berita

[VIDEO] 22 Tahun Pendam Hasrat, Tokti Surprise Peminat Indonesia Dalam Pertemuan Penuh Air Mata

January 30th, 2019 | by faris
Video Popular

Pengaruh yang dicipta penyanyi kesayangan ramai, Dato’ Siti Nurhaliza bukan sahaja membuatkan dirinya diminati di Malaysia, malahan melangkaui Singapura, Brunei dan negara seberang, Indonesia.

Kisah sayu seorang peminat Siti dari negara itu yang menghidap polio dan sangat teringin bertentang mata dengan idolanya mendapat perhatian stesen TV Trans 7. Pertemuan menyentuh hati wanita bernama Khusnul Khotimah dengan Siti dirakamkan dalam bual bicara Hitam Putih, tempoh hari.

Siti muncul sambil dendangkan lagu kegemaran

Khusnul Khotimah yang meminati penyanyi Anta Permana semenjak 1997 sebelum ini hanya mampu bermimpi untuk berjumpa dengan penyanyi nombor satu negara itu. Tambah Khusnul, Siti banyak memberi dia semangat menerusi lagu-lagu untuk bermotivasi meneruskan hidup.

Siti pada mulanya dikatakan tidak dapat berjumpa dengan peminat berasal dari Jawa Timur itu kerana kekangan masa. Turut dapat dilihat riak wajah kecewa Khusnul yang terkilan dengan perkhabaran itu.

Namun, dia juga turut tetap diundang ke set bual bicara di stesen itu dengan berkerusi roda. Ketika menyanyikan lagu Bukan Cinta Biasa kegemarannya, Siti muncul dari belakang set membuatkan Khusnul terkejut dan menangis terharu tidak menyangka akhirnya impian lamanya tertunai.

Detik-detik mengharukan itu dapat ditonton menerusi satu video berdurasi 12 minit di Youtube Trans 7 yang kini mendapat lebih 20 ribu tontonan.

Sumber: Trans 7

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×