berita

[VIDEO] 3 Kali Tangguh Pengajian Sebab Sakit, Akhirnya Temui Ajal… Bapa Terima Skrol Undang Sebak

February 28th, 2019 | by faris
Isu & Kontroversi

Hari konvokesyen adalah detik ditunggu-tunggu oleh mereka yang bergelar penuntut setelah sekian lama bertungkus-lumus ke kelas, menyiapkan tugasan dan berhabisan wang dan masa.

Ketika ibu bapa lain tumpang gembira dengan kejayaan anak masing-masing naik ke pentas menerima skrol, lain pula dengan seorang bapa kepada Rina Muharrami, mahasiswi dari Banda Acheh yang meninggal sebelum konvokesyen.

Video terima skrol viral di Twitter

Rina merupakan mahasiswi Program Studi Pendidikan Kimia, Fakultas Tarbiyah dan Keguruan di Universitas Islam Negeri Ar-Raniry. Video bapa Rina menerima skrol bagi pihak anaknya itu viral di Twitter dan mendapat ribuan perkongsian.

Rina dijemput menghadap Ilahi pada 5 Februari lalu kerana menderita penyakit usus tahap akhir yang kemudian merebak kepada saraf.

Dalam video tersebut bapa Rina menerima skrol kemudiannya dipeluk oleh penyampai skrol berkenaan yang tidak dapat menyembunyikan perasaan sebak masing-masing.

Pernah tunda 3 kali pengajian

Rina yang juga anak sulung sebelum ini pernah 3 kali menunda pengajiannya atas faktor kesihatan. Namun, dengan tekad untuk menghabiskan pengajian, dia tetap berusaha dan pada 4 Februari lalu dia menginjakkan kaki untuk terakhir kali di kampus. Dia kemudiannya disahkan lulus setelah mengambil ujian.

Menurut rakan arwah bernama Nisa, Rina seorang rakan yang baik dan cukup memberi inspirasi kepada dirinya dan rakan-rakan lain.

Orangnya super simple dan perhatian luar biasa sama sahabat-sahabatnya. Kalau sama saya, dia selalu ketawa walaupun lagi sakit.

Kemarin pas sidang bawaannya ketawa-ketawa aja karna saya buat lucu gitu. Pokoknya dia inspirasi untuk saya peribadi, karena dia, kenapa saya bisa niat kejar skripsi. Dia motivator bagi saya.

Sumber: Acheh Trend, Kanal Aceh

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×