Telatah anak kepada pelakon Rozita Che Wan iaitu Aaisyah Dhia Rana sering menyorot perhatian warganet di media sosial.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Aaisyah Kata Nak Tidur Pun Kena Cantik, Pakai Lipstic & Blusher’ – Che Ta
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Teruja ‘First Time’ Tengok Rozita Che Wan Tanpa Solekan & Filter – ‘Kalah Anak Dara!’
Bangun tahajud
@rozitachewan1 Cita cita ni memang setinggi gunung himalaya.. nk mangkit pukui 4 pagi , qeban katie2 pun belum tentu dia mangkit?
Menerusi video yang di muat naik di TikTok, Aaisyah menyatakan hasrat untuk bangun beribadat pada awal pagi dan meminta Rozita untuk kejutkannya.
4.30 pagi saya akan bangun untuk solat tahajud, kemudian pukul 7 saya akan bangun untuk pergi ke kelas.
Boleh la mummy, nanti mummy sembur air dekat Aaisyah.
Bagaimanapun, Rozita atau mesra disapa Che Ta meluahkan rasa bimbang kerana menurutnya Aaisyah perlukan tidur yang cukup untuk bangun awal pagi.
Tak payahlah Aaisyah, mummy susah nak kejut. Siang tu bagi cukup dulu. Tapi sekarang Aaisyah tidur lambat, macam mana nak bangun pukul 4.30?
Cita-cita memang setinggi Gunung Himalaya, nak bangun pukul 4 pagi. Katil runtuh pun belum tentu dia bangun.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji semangat Aaisyah untuk beribadah meskipun masih lagi kanak-kanak selain mendoakannya menjadi anak yang solehah.
Masya-Allah sukanya dengar dia cakap nak tahajud.
Ini baru permulaan untuk kebaikan berjaga malam, semangat Aaisyah! Kami sokong.
Anak yang bijak, semoga menjadi anak yang solehah.
Alhamdulillah, semoga Allah tunaikan hajat Aaisyah untuk solat tahajud.
Bagus Aaisyah nak bangun tahajud, anak mak cik suruh kejutkan bangun subuh pun mak cik dah bersyukur sangat.
Sumber: TikTok Rozita Che Wan