Setiap pasangan yang bergelar suami isteri pasti mengimpikan kehadiran cahaya mata sebagai penyeri rumah tangga yang dibina. Namun, tidak semua pasangan bernasib baik untuk memiliki zuriat mereka sendiri. Walaupun berat untuk menerima ketentuan ini, setiap yang berlaku sudah ditetapkan Allah SWT. Sebagai manusia kita perlulah berusaha dan sentiasa bersangka baik dengan-Nya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Penantian 6 Tahun Berakhir, Wanita Hamil Kembar 3 Sebak Dengar Degupan Jantung Bayi
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tangisan Kegembiraan Disahkan Mengandung Selepas 13 Tahun Menanti
Bagaimanapun, perkongsian satu video oleh seorang doktor ini pastinya bakal menyentuh hati sesiapa sahaja yang menontonnya. Bayangkan hampir empat tahun menanti cahaya mata, pasangan muda ini akhirnya berjaya menimang bayi kembar empat. Alhamdulillah!
Penantian empat tahun berakhir
Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh pakar Obstetrician & Gynaecologist iaitu Dr.Thoka Muhammad di Instagram memaparkan persediaan yang dilakukan oleh beberapa orang petugas kesihatan di dalam bilik pembedahan untuk menyambut kelahiran empat bayi kembar. Menurut Dr.Thoka, wanita berusia 29 tahun ini pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali dan selepas itu, dia nekad untuk menjalani rawatan IVF atau in vitro fertilization.
Jelasnya lagi, ibu muda yang mengalami mild premature contraction ini melahirkan tiga bayi perempuan dan seorang bayi lelaki secara pembedahan. Difahamkan, tiga daripada empat bayi itu berada dalam keadaan baik-baik sahaja memandangkan berat mereka adalah lebih daripada 2kg. Manakala seorang lagi bayi yang memiliki berat 1.3kg terpaksa diasingkan buat sementara waktu untuk rawatan lanjut.
Tak dapat digambarkan bagaimana perasaan pasangan ini apabila penantian dan doa mereka selama empat tahun untuk menimang cahaya mata akhirnya termakbul.
Alhamdulillah semua berjalan lancar
View this post on Instagram
Sumber: Dr.Thoka Muhammad