berita

[VIDEO] 528 Warga Asing Lari Dari Depot Imigresen, 6 Maut Dilanggar Kenderaan

April 20th, 2022 | by khairil
Kini Trending

Foto: Harian Metro

Enam daripada 528 tahanan etnik Rohingya yang melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Sungai Bakap maut akibat dilanggar ketika melintas Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) di kilometer 168 menghala selatan berdekatan kawasan Jawi di sini pagi tadi.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Warganet Geram, Cermin Kereta Dah Banyak Kali Kena ‘Ketuk’ Dengan Kanak-Kanak Rohingya Samseng

Artikel Berkaitan: Lepas Video Minta Duit Viral, Geng Budak Samseng Rohingya Dah ‘Dikutip’ Oleh Pihak Berkuasa?

Lintas lebuh raya ketika larikan diri

Foto: Harian Metro

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata dalam kejadian 6.50 pagi itu, tahanan yang meninggal dunia terdiri daripada dua lelaki dewasa, dua wanita dewasa dan masing-masing seorang kanak-kanak lelaki dan perempuan.

Sebaik berlaku kemalangan sehingga menyebabkan enam warga asing tersebut maut, sekumpulan 229 warga asing yang melarikan diri ke lebuh raya itu mengambil keputusan untuk tidak melintas lebuh raya tersebut kerana bimbang turut terlibat dalam kemalangan.

Mereka bertindak menyusuri di tepi lebuh raya itu. Mereka sendiri tidak tahu ke mana destinasi yang mahu dituju sebaik melarikan diri dari depot tersebut.

Seramai 528 warga asing terdiri daripada etnik Rohingya yang juga tahanan di Depot Imigresen Sementara Sungai Bakap melarikan diri dari depot tersebut dalam kejadian awal pagi ini.

PDRM ucap terima kasih

Foto: Sinar Harian

Pihak polis menerima laporan berhubung kejadian itu pada 4.30 pagi dan terus melancarkan operasi mengesan kesemua mereka yang meloloskan diri.

Seramai 664 etnik Rohingya ditempatkan di situ dengan 528 daripadanya melarikan diri pagi tadi…kami berjaya tahan 229 warga asing di kawasan lebuh raya dan terdahulu seramai 88 orang yang melarikan diri itu telah berjaya ditahan oleh penduduk kampung dan Jabatan Imigresen di kawasan tidak jauh dari depot tersebut.

Pihak polis mengucapkan terima kasih kepada orang ramai terutama sekumpulan anak muda yang membantu menyalurkan maklumat tentang keberadaan kumpulan warg asing yang melarikan diri itu ketika di lebuh raya.

Pihak polis meminta kerjasama daripada orang ramai bagi membantu memberi maklumat atau melihat kehadiran warga asing tersebut di kawasan mereka kepada pihak polis.

Video penuh

Sumber: Bernama

SKIP THIS AD ×