berita

[VIDEO] 7 Tahun Menanti Kehadiran Cahaya Mata, Suami Tak Percaya Bakal Jadi Ayah Tak Lama Lagi

June 23rd, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Zuriat merupakan penyeri dan pelengkap rumah tangga bagi setiap pasangan yang sudah berkahwin. Namun, tidak semua isteri diberikan rezeki hamil seawal tahun pertama perkahwinan. Begitulah juga yang dilalui oleh pasangan suami isteri ini apabila menerima berita gembira selepas 7 tahun menanti kehadiran cahaya mata.

Terus nak buat kejutan

Berita gembira tersebut dikongsikan menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun TikTok, Cheida. Dalam video berkenaan, wanita ini membuat kejutan kepada suaminya dengan menunjukkan keputusan positif dari pregnancy test. Tidak dapat menahan sebak, suami wanita tersebut kelihatan tersenyum dan terpinga-pinga sebaik sahaja menerima kejutan tersebut. Pada masa yang sama, si suami bersyukur dengan rezeki yang diberikan oleh Allah.

Difahamkan, pasangan ini sudah 7 tahun menanti zuriat pertama mereka iaitu sejak dari tahun 2014 lagi tetapi tahun ini mereka dikhabarkan dengan berita gembira.

Cuba tengok reaksi dia

@cidamymee7 tahun penantian kami suami isteri.. allah saja tahu perasaan masa nieh.. doakan smga sy slmt melahirkan #ttc #pcosfighter #pejuanggarisdua? original sound – Cheida Mymee

7 tahun penantian kami suami isteri. Allah saja tahu perasaan masa ni Doakan semoga saya selamat melahirkan.

Cheida turut memohon doa daripada semua orang agar urusan bersalin nanti berjalan dengan lancar dan dipermudahkan oleh Allah. Rata-rata netizen tersentuh melihat video tersebut dan turut mendoakan kebahagiaan buat pasangan itu.

Sumber: Cheida

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×