berita

[VIDEO] Penantian 3 Tahun Berbaloi, Kejutan Isteri Ini Undang Sebak

January 23rd, 2021 | by Amat
Kini Trending

Setiap pasangan suami isteri yang mendirikan rumah tangga pastinya mengidamkan cahaya mata sebagai pelengkap kehidupan. Namun, tidak semua isteri diberikan rezeki hamil seawal tahun pertama perkahwinan.

Seperti perkongsian dari pengguna TikTok iaitu Massiew2 ini memuat naik video yang telah mengundang ramai tontonan di laman itu. Difahamkan, sudah tiga tahun melayari alam perkahwinan dan akhirnya dikurniakan cahaya mata pertama sebaik sahaja suaminya bebas dari jangkitan positif Covid-19.

Dah lama tak datang haid

@massiew2Part 1 : Kalau takde camne ? #fyp? original sound – Massieww

Si isteri ini memaklumkan tarikh 22 Januari 2021 merupakan tarikh dimana suaminya dibebaskan dari pusat kuarantin Maeps, Serdang. Tambahnya lagi, mereka terpaksa berpisah sementara waktu disebabkan masing-masing di pusat kuarantin yang berbeza.

Menurutnya lagi, dia memaklumkan kepada suami mengatakan sudah sebulan tidak mengalami haid dan ini dalah kali pertama sepanjang tiga tahun perkahwinan mereka. Si isteri ini juga membeli pregnancy test di kedai serbaguna dan melakukannya sendiri di rumah.

Allah itu sebaik perancang

@massiew2Reply to @anna.diyannaa allah itu sebaik baik perancang kan ? #fyp? original sound – Massieww

Lebih menyedihkan lagi apabila dia selama ini tabah hadapi kata-kata orang yang bercakap mengenai dirinya. Dia sempat merakam video sewaktu menunjukkan pregnancy test tersebut kepada suami selepas solat berjemaah di rumah. Dia juga tidak sangka akan hamil selepas penantiannya selama tiga tahun.

Sumber: Massiew2

SKIP THIS AD ×