Penerbit sensasi, Datuk A Aida meluahkan rasa berang terhadap seorang individu berstatus Datuk yang mengelak daripada membayar hutangnya berjumlah RM1.3 juta.
Artikel Berkaitan: ‘Kos Saya Jaga Maleeq Selama 2 Minggu Lebih Kurang RM250, Kenapa Dia Jaga Sampai RM1,300?’
Artikel Berkaitan: ‘Tak Sangka Pula Dia Tarik Diri Saat Akhir’ – Puteri Balqis Tak Jadi Berlakon Drama A.Aida
Datuk S hutang RM1.3 juta
Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang berkata, individu yang dikenali sebagai Datuk S itu sebelum ini pernah bertemunya kerana mahu membuat pinjaman.
Bagaimanapun, projek yang diusahakan Datuk S telah gagal, lantas Aida meminta semula ganti rugi daripadanya.
Dia datang berjumpa saya sebelum PKP lalu dan berkongsi hasratnya untuk menjalankan satu perniagaan.
Namun, dia kekurangan modal dan memerlukan bantuan kewangan daripada saya dengan menjadikan perniagaan resort miliknya sebagai cagaran.
Pendek cerita, projek diusahakannya itu gagal dan saya menuntut janji yang telah dipersetujui.
Tambah Aida, Datuk tersebut turut mengelak daripadanya beberapa kali malah memberikan pelbagai alasan.
Ekoran janji yang dimungkiri individu terbabit, Aida berkata, dia sudah pun berbincang dengan peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang.
Penerbit itu juga menyifatkan Datuk S adalah sejenis orang yang tidak takut akan kematian.
Terdahulu, Aida menerusi hantaran di Instagram berkata dia akan mencari individu berkenaan sehingga ke lubang cacing.
Sampai ke lubang cacing aku akan cari, jangan ingat boleh terlepas. Negara kita ada undang-undang, kena ajar spesis penipu ni.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Instagram