Gelagat anak kepada dramatis popular, Rozita Che Wan iaitu Aaisyah Dhia Rana yang suka ‘melaram’ dengan pakaian cantik dan menata rias wajahnya sering mencuri perhatian wargamaya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Tiap Kali Anak Nak Melancong, Kami Yang Siapkan Baju’
Artikel Berkaitan: ‘Tak Kira Lelaki Atau Perempuan, Kalau Ada Duit Lebih Memang Akan Berlagak..’ – Che Ta
Make up sebelum tidur
Terbaharu, menerusi perkongsian video di TikTok, Rozita atau lebih mesra dengan sapaan Che Ta menegur anaknya itu yang memakai alat solek sebelum masuk tidur.
Aaisyah dah mandi malam-malam pun bersiap juga, pakai lipstic, pakai blusher semua. Siapa yang macam mek chah (Aaisyah) ?
Nak tidur pun kena cantik dia kata. Takut reput je muka hang, tunggu besar Aaisyah oi.
Sementara itu, Aaisyah yang sedang menyikat rambutnya dalam video berkenaan berkata, dia sentiasa mahu kelihatan cantik biarpun dalam keadaan tidur.
Mommy, saya nak tidur pun kena cantik tau.
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen berasa terhibur melihat gelagartdua beranak itu dan menganggap Aaisyah mengikut perangai ibunya yang sentiasa mahu cantik dan bergaya setiap masa.
Video
@rozitachewan1 Sapa yg macam mek chah? Nak tidoq pun kena cantik dia kata.. takut qeput ja muka hang teqa nk tunggu besaq aaisyah oiiiiii . #cheta #rcw #byrcw #rozitachewan #byrcw #anakcheta #aaisyahdhiarana #fyp #malammalampuncantik ? original sound – ROZITA CHE WAN
Sumber: Tiktok