Pempengaruh kontroversi, Abang Tesla mempersoalkan tindakan segelintir pihak yang mengangkat dan mempromosikan seorang individu didakwa bagi kes pensundalan yang dikenali sebagai ‘Hot Daddy’.
Artikel Berkaitan: ‘Bila Masa Aku Jual Perempuan? Mudahnya Manusia Sekarang Buat Dosa’ – Hot Daddy
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Aku Dah Tak Nak Hisap Vape Sebab Nazar Dah Tercapai’ – Netizen Speku Abang Tesla Bakal Dapat Anak
‘Mana yang shaking?’
Menurut Abang Tesla, ketika namanya terpalit dengan kontroversi poligami sebelum ini, dia teruk dihambat netizen sehingga menerima kecaman bertalu-talu. Sedangkan tindakannya berkahwin seorang lagi tidak salah di sudut syariah Islam.
Namun berasa hairan dengan segelintir pihak yang memberi peluang kepada ‘Hot Daddy’ untuk berubah sedangkan perbuatan yang dilakukan secara terang-terangan terkutuk.
Mana hari itu yang shaking (menggelupur)? 20 orang yang tengah berlaku ini korang tak shaking? Yang aku 2 orang (bini) korang shaking pula.
Mana pergi, siap ucap goodluck semua. Benda sekarang dah terbalik dah. Orang yang tak betul korang pergi angkat. Yang aku ni korang pergi tendang sampai nak terjatuh gaung.
Sebelum ini, tindakan sebuah saluran podcast yang menjemput ‘Hot Daddy’ atau nama sebenarnya Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli telah mengundang rasa marah netizen.
Bagaimanapun, menurut ‘ Hot Daddy’ dia ke studio podcast berkenaan hanya untuk bermain permaina game sahaja, tiada sebarang rakaman berlaku.
Kata netizen, saluran podcast itu seakan mempromosikan individu terbabit dan dikhuatiri memberi pengaruh tidak baik kepada masyarakat.
Pun begitu, ada juga segelintir yang memberikan peluang kepada ‘Hot Daddy’ untuk berubah dan menyifatkan setiap manusia melakukan kesalahan.
Terdahulu, seorang lelaki yang dikenali sebagai ‘Hot Daddy’ dan dua teman wanita mengaku tidak bersalah atas pertuduhan membuat pengiklanan khidmat persundalan menerusi aplikasi X.
Mengikut pertuduhan, Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli, 32, bersama dua teman wanitanya Norhidayah Mahadi, 24, dan Norshazrina Md Zamri, 27, dituduh mengikut Seksyen 372 (1)(e) Kanun Keseksaan dan dibaca bersama bawah Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara 15 tahun dan sebatan serta denda, jika sabit kesalahan.
Video
@abg.tesla Ramai ke yang shaking ?? ? #abgtesla ? original sound – ABG.TESLA
Sumber: TikTok