Pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai Abang Tesla menafikan dakwaan yang mengatakan faktor dia bernikah sekali lagi adalah disebabkan isteri pertamanya, Nurmajdina Jamari tidak mampu memberikan cahaya mata.
Artikel Berkaitan: Caprice Hormat Isteri, Enggan Ulas Isu Poligami – ‘Jangan Tag, Saya Nak Hidup Tenang’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Abang Tesla Dapat Restu Kahwin Kali Kedua -‘3 Jam Sebelum Nikah, Solat Subuh Bersama Diiringi Air Mata’
Bukan soal zuriat
Menurut Abang Tesla, soal zuriat bukan menjadi punca utama memandangkan isteri pertamanya sebelum ini pernah hamil tetapi mengalami keguguran.
Bagaimanapun kata Abang Tesla, faktor dia bernikah sekali lagi adalah sesuatu perkara yang sulit dan peribadi untuk dikongsikan kepada umum.
Berkenaan zuriat bukanlah faktor utama, tapi ada faktor lain. Itu semua cerita dalam kain dan akan membuka aib kami jika saya beritahu.
Apa yang pasti selepas poligami semua jadi ‘cantik’. Semua masalah dalaman yang berlaku selesai.
Ada yang mengatakan saya kahwin dua sebab nak anak, itu adalah tidak benar.
Sebelum ini saya dan isteri pernah juga buat pemeriksaan kesihatan dan melalui semua fasa bagi mendapatkan anak. Malah isteri saya pernah mengandung tapi keguguran.
Abang Tesla memaklumkan perkara itu ketika menjadi tetamu dalam program poadcast yang dikendalikan oleh selebriti media sosial, Caprice, baru-baru ini.
Sementara itu, ketika diajukan soalan sekiranya isteri keduanya, Nur Syafiqah tidak mampu juga untuk memberikan zuriat, Abang Tesla secara berseloroh menjawab dia akan bernikah lagi.
Kahwin lah lagi. Kalau nak ambil anak angkat, tidak akan rasa sama.
Video
@buletin.tiktok Part 4. Credit : Youtube Caprice Original Film #fyp #bikinpanas #berandatiktok #abangtesla ? original sound – buletin.tiktok ?
Sumber: Youtube (Caprice)