Tindakan pelakon Abby Abadi yang sering berkongsi tentang anaknya Marissa Dania Hakim telah mengundang tanda tanya oleh warganet berkenaan seorang lagi puterinya iaitu Maria Danisha Hakim yang jarang dilihat.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Jaga Diri Baik-Baik, Sedih Tengok Kurus Sangat Anak Mama’ – Abby Abadi
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Abby Abadi Coretkan Pengorbanan Sebagai Ibu Bapa – ‘Kami Kerja Keras Nak Bagi Anak-Anak Selesa & Hidup Macam Orang Kaya …’
Setiap anak berbeza
Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 46, memaklumkan bahawa Danisha adalah seorang yang sukar bergambar.
Ada je baby (Danisha) ni, cuma dia memang tak rajin nak bergambar. Bila ajak dia suka mengelak, sudahnya tak payah lah.
Ini semalam suruh ‘posing’ jap dia okay, senang standby gambar kalau orang tanya dia mana.
Dalam nada tegas, bekas anggota kumpulan Elite tersebut berharap agar warganet tidak lagi mempersoalkan tentang Danisha kerana percaya setiap cahaya matanya mempunyai watak yang berbeza.
Cuba belajar tidak mencari kesalahan orang, boleh tak? Ada sebab la kalau gambarnya kurang, banyak kali dah saya jawab tentang ini.
Karakter setiap anak pun berbeza. Masa kecil dulu boleh lah diatur semua, dah besar, tak sama.
Awak tenang-tenang sahaja okay. Belajar tengok post orang lepas tu senyum je, persoalkan itu ini..untuk apa?
Untuk info, Abby mempunyai seorang lagi anak lelaki bernama Mohamed Danish Hakim, hasil perkongsian hidup bersama bekas suaminya iaitu aktor Norman Hakim. Mereka berkahwin pada 2002 dan berpisah pada 2009.
Sumber: TikTok Abby Abadi