Pelakon, Abby Abadi memberi bayangan bahawa dirinya sudah lama tidak bertemu dengan anak perempuannya iaitu Marissa Dania.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Sebenarnya Kisah Itu Berkait Dengan Hijrah Juga, Saya Jadi Lebih Baik’ – Abby Abadi
Peluk model mirip Marissa
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan memuat naik momen dirinya yang sedang menjalani sesi penggambaran bagi sebuah jenama pakaian bersama model yang dikenali sebagai Era Sazeli.
Apa yang mencuri perhatian ialah, pelakon yang terkenal menerusi siri drama ‘Gerak Khas’ ini menyifatkan raut wajah Era seakan mirip sekali dengan Marissa.
Abby juga dilihat memeluk Era di akhir video sambil memaklumkan betapa dia merindui anak perempuannya itu.
Ahamdulillah. Selesai ‘photoshoot’ hari ini.
Tinggal lagi beberapa helai baju (untuk photoshoot), baru perasan wajah adik ini mcm anak saya.
Last (saya) pelukk itu sebab tiba-tiba datang rindu. Ya hanya rindu?
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sedih dan sebak mereka membaca luahan rindu Abby kepada Marissa.
Terdahulu, Marissa dilaporkan bersalin secara pra matang namun bayi itu tidak bertahan lama dan meninggal dunia selepas dilahirkan.
Berita itu meraih perhatian apabila Abby memaklumkan bahawa dia sama sekali tidak mengetahui mengenai kematian cucu sulungnya itu.
Malah, Abby juga mendakwa dia tidak mendapat sebarang berita daripada Marissa berhubung perkara itu.
Sumber: Instagram Abby Abadi