berita

[VIDEO] Achey Mahu Bantu Tampung Kos Rider Dapatkan Semula Motosikal Yang Disita – ‘Jangan Keluar Duit Sendiri’

September 15th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Achey

Kisah seorang penghantar makanan yang terpaksa berjalan kaki disebabkan motosikal miliknya telah disita pihak Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ) menjadi topik bualan ramai. Malah, isu tersebut turut menyorot perhatian pelawak Achey.

Artikel berkaitan: Aisar Khaled Hadiahkan RM100,000 Sempena Perkahwinan Rakan Baik

Artikel berkaitan: [VIDEO] Achey Sebak Anak Berjaya Jual 3,000 Paket ‘Candy’, Raih 21 Juta ‘Likes’

Bantu tampung kos

Achey

Menerusi perkongsian di TikTok, Achey berkata dia ada menghubungi rider berkenaan yang dikenali sebagai Syahrul dan dimaklumkan individu itu sudah menerima hadiah sebuah motosikal baharu daripada pempengaruh Aisar Khaled.

Dalam masa sama, Achey turut memuji sikap jejaka berusia 26 tahun itu yang mengakui kesalahannya tanpa memberi sebarang alasan.

Berkenaan dengan abang panda yang motor kena sita, saya dah hubungi dia dan namanya syahrul, umur 26 tahun. Alhamdulillah dia dah dapat sebiji motor daripada Aisar Khaled. Terima kasih Aisar Khaled.

Dia pun ada cakap tak nak keluar apa-apa kenyataan sebab memang salah dia. Bagus, budaknya bagus, lembut dia cakap ‘salah saya’ sebab roadtax mati, cover rantai tak ada dan side mirror belah kiri tak ada.

Itu antara sebab motor itu disita dan dia akan ambil di JPJ Senawang.

Pada perkongsian yang sama, Achey turut mengatakan dia mahu membantu Syahrul dari segi kos mengambil semula motosikal yang disita itu.

Saya ada cakap dekat dia, kalau ada apa-apa untuk kos nak ambil balik motor itu, nak buat balik apa semua, jangan sampai keluar duit sendiri, Insya-Allah Tiara Candy sudi membantu.

Terdahulu, tular di media sosial seorang pekerja e-hailing atau penghantaran makanan dilihat terpaksa menggalas beg dan berjalan kaki selepas motosikal yang dinaiki disita dalam satu sekatan jalan raya.

Isu tersebut telah mengundang rasa simpati orang ramai sehingga mendapat perhatian pempengaruh, Aisar Khaled.

Aisar dilihat pergi ke rumah individu berkenaan dan bertemu sendiri dengannya serta menghadiahkannya sebuah motosikal baharu selain menghulurkan bantuan kewangan.

Video

@achey_kintangkintung Ok selesai… sabar rakyat malaysia… sentiasa positif yea.. kedua2 pihak jalankan tugas.. mana boleh kita bantu.. tak boleh kita doa jelahh.. #abangpanda #tiaracandy ? original sound – KEDAI ACHEY KINTANG KINTUNG

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×