Pelawak Achey gagal menahan sebak apabila melihat sokongan yang diberikan oleh wargamaya terhadap perniagaan makanan ringan yang dijalankan oleh anak perempuannya, Nur Tiara Zinnirah.
Artikel Berkaitan: ‘Nak Menegur Jangan Sampai Menghukum’ – Achey
Artikel Berkaitan: ‘Bila Anak Dah Tahu Pasal Solat, Kadang-Kadang Saya Perlu Zohor 8 Rakaat’ – Achey
3,000 pek, 21 juta views & likest
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok baru-baru ini, Achey telah membantu Tiara menjalankan perniagaan di atas talian dengan menjual makanan ringan jenis gula-gula yang dimasukkan di dalam pek.
Mengejutkan lagi, apabila Tiara berjaya menjual sebanyak 3,000 pek dan meraih 21,000 tontonan serta 21 juta tanda suka sepanjang sesi siaran langsung tersebut.
Lebih mencuit hati, anak tunggal pelawak itu sempat tertidur semasa ibu bapanya sibuk menjual produk berkenaan.
Sementara itu, Achey dan isterinya, Nor Hasanah Yahaya dilihat gagal menahan sebak selepas melihat sambutan yang diberikan oleh wargamaya. Mereka juga tidak berhenti melafazkan kalimah Alhamdulillah dan syukur.
Menurut Achey, perniagaan tersebut dijalankan dengan tujuan mahu bersuka ria dan menjelaskan keuntungan yang diterima untuk setiap pek hanya RM1 sahaja.
Dalam masa sama, Achey dan isteri turut meluahkan rasa gembira apabila menerima beberapa ‘gift’ seperti kereta api, singa dan ikan paus daripada wargamaya.
Sementara itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan balas turut menumpang gembira melihat sambutan terhadap perniagaan Tiara serta mendoakan rezeki keluarga Achey terus dimurahkan.
Video
@achey_kintangkintung NUR TIARA ZINNIRAH NASIR BTE ABD HAQ .. Apa yang korang sayang sangat kat dia ni??? … 21juta like .. 21view maxsimum.. 3000pack sold out.. dalam masa 2 jam.. #tiarabottolcandy #terimakasih #anakachey #tiarazinnirah ? original sound – KEDAI ACHEY KINTANG KINTUNG
Sumber: TikTok (Achey)