Pemergian Allahyarham Abam bukan sahaja memberi duka kepada pelawak dan pelakon, Achey, namun rata-rata rakyat Malaysia turut bersedih dengan berita yang dikhabarkan pada tahun 2020 itu.
Artikel Berkaitan:[VIDEO] Achey Dedah Isteri Pernah Kerja ‘Cleaner’ Tiga Bulan, Nak Tolong Lunas Hutang Tertunggak – ‘Gaji Dia Semua Bagi Aku’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hidayah Kongsi Momen Karaoke Bersama Arwah Abam Undang Sebak – ‘Kenangan Yang Tidak Dapat Kembali Lagi’
Selamat ulang tahun kelahiran
@achey_kintangkintung Love my brother… selamat ulang tahun abam…moga Allah rahmati roh kamu sahabat… berlambak doa aku untuk kau bam kat tanah mekah ni.. #bocey ? original sound – KEDAI ACHEY KINTANG KINTUNG
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Achey atau nama lengkapnya Mohd Nasir Hamzah dilihat memberi ucapan sempena ulang tahun kelahiran buat Allahyarham Abam semasa menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci.
Abam, selamat hari jadi.
InshaAllah, semoga Allah merahmati roh mu.
Bertiga sementara, Bocey selamanya.
Sahabat yang baik
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitip doa buat Allahyarham Abam yang telah pergi selamanya pada 10 Februari 2020. Selain itu, warganet turut memuji sikap Achey dan Fad kerana menjadi sahabat yang baik.
Sumber: TikTok @achey_kintangkintung