Tular baru-baru ini sebuah video di mana sepasang suami isteri berlari sambil membawa dua orang anaknya menaiki stroller pada hujung minggu lalu.
Artikel Berkaitan: Lepas Raya Sakan, Tengku Zafrul Luang Masa Joging Tepi Sawah Padi Di Langkawi
Lari tolak stroller
Menerusi hantaran di TikTok, seorang wanita berkongsi aktiviti larian bersama suami dan anaknya sambil menolak ‘stroller’ sejauh 6 kilometer di Taman Rekreasi Queensbay Seaside, Penang.
Walaupun di pandang pelik oleh orang ramai, namun pasangan ini tetapi gigih menolak ‘stroller’ sambil belari kerana suami isteri tersebut amat meminati aktiviti larian.
Menurut wanita itu, mereka sudah terbiasa membawa anak kecil berjalan hampir setiap hari dan mempunyai cara untuk mendiamkan kedua-dua anaknya jika meragam semasa riadah.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan keingginan yang sama untuk membawa anak beriadah kerana kagum melihat kesungguhan pasangan itu melakukan aktiviti riadah bersama anak-anak.
Komen netizen
Video
@motheroftwo_13 Weekend run with our kids on the strollers. This beautiful view taken by insta360 X3 camera along the pedestrian and cycling lane near Queensbay seaside, Penang. Running strollers that me and my husband used: 1)Thule Urban Glide 2 (very expensive and lighter) 2)Mamakiddies Running Stroller (affordable but heavier) #insta360X3 #runningwithstroller #runningwithkids #runningfamily #thuleurbanglide2 #mamakiddiesrunningstroller ? original sound – Motheroftwo?
Sumber: Tiktok