Pelakon Nadia Brian terkilan dengan tindakan seorang ahli perniagaan yang mempergunakan dirinya secara percuma demi menghasilkan ‘content’ video TikTok.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nadia Brian Pakai Dress Seksi Ke Majlis Perkahwinan, Netizen Pelik Dengan Fesyen Cangkuk Bra Di Leher
Tengking tanya ‘kenal saya tak?’
@nadia.brian Harap perkara ini tidak berlaku lagi. #NadiaBrian ? original sound – Nadia Brian Goldring
Menerusi hantaran di akaun TikTok, Nadia sedih apabila ditengking dan dimalukan di khalayak ramai ketika dia menyertai sebuah karnival di Johor.
Kata aktres berumur 31 tahun ini, dia tidak menyedari perbuatan itu dirakam untuk dimuat naik di media sosial.
Ramai yang tanya saya apa jadi. Saya rasa sangat sedih dipergunakan seperti ini. Dirakam dan dimuat naik di sosial media tanpa pengetahuan.
Saya cuba untuk kawal perasaan dan hormat dia sebagai orang yang lebih berumur waktu itu. Tapi tak sangka pula boleh post. Sebab saya tak tahu ada kamera masa kejadian.
Jangan la rasa bila kita ada duit, kita boleh buat macam-macam kat orang. Sampai hilang adab!
Saya pergi ke acara untuk mencari rezeki sampai hilang suara menjual. Tapi tak sangka penat lelah ini dipergunakan seperti ini.
Peminat Nadia
Sementara itu, usahawan yang dikenali sebagai Madam Mariyah telah tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.
Kepada Nadia Ibrahim (Brian), kalau pasal video yang saya uploadkan dekat dalam TikTok yang budak-budak (pekerja) saya uploadkan tu memalukan awak, saya minta maaf.
Jauh di sudut hati saya takda pun niat nak memalukan sebab saya pun peminat awak dengan lakonan-lakonan awak yang sangat hidup.
Bila saya nampak awak secara live, saya sangat teruja dan saya tak tahu pula yang content karakter (creator) saya ambil video dan viral.
Dalam pada itu, pemilik nama Nadia Najwa Mohamed Rashidi turut mengucapkan terima kasih atas keprihatinan orang ramai dengan apa yang berlaku.
Sumber: TikTok